Isnin, Mei 22, 2006

budak pulada dah balik

sian aku tgk diorang habis luka-luka siku ngan lutut sebab buat craw tiem suntikan perang kat pulada...

Ahad, Mei 07, 2006

PALAPES UKM nak pergi PULADA



DIAORANG NI NAK P PULADA BUKAN NAK P MAKAN ANGIN OI, DIAORNG NAK P MENEMBAK SENJATA BANTUAN.START LATIHAN TEMPATAN 11 MEI 2006. P PULADA 14 MEI 2006... MATI LA KORANG KENA BELASAH KAT SANA

Sabtu, Mei 06, 2006

Sunyi sungguh KTHO

Bertapa sunyinya kolej setalah semua rotu2 yang bersuara katak semua balik kampung... Inter yang tinggal cuma C'mat Naza Chebul dan kecik.

Jumaat, Mei 05, 2006

LAGI GAMBAR-GAMBAR RIANG PAPALES UKM


ORANG KUAT KOLEJ

PROMOSI PALAPES 2005

REJIMEN JIWANG

SRIKANDI

KONSEP DAN JENIS-JENIS LATIHAN



Konsep latihan yang dilaksanakan adalah berteraskan kepada latihan asas ketenteraan untuk menyediakan anggota dan pasukan yang mampu bergandingan dengan pasukan tetap sekiranya diperlukan. Latihan-latihan Askar Wataniah dilaksanakan mengikut kemampuan dan kesesuaian masa seperti hujung minggu.

Latihan Rekrut - Setiap anggota Askar Wataniah perlu menjalani latihan rekrut selama 30 hari berterusan atau melalui latihan tempatan selama 240 jam iaitu syarat untuk pengiktirafan sebagai Prebet.

Latihan Tempatan - Latihan ini dilaksanakan di lokasi berdekatan kediaman anggota Sukarela. Latihan dijalankan pada masa yang bersesuaian terutama pada cuti hujung minggu. Latihan dilaksanakan dalam tempoh antara 2 hingga 12 jam sehari. Jumlah latihan ini dilaksanakan tidak melebihi 240 jam setahun (pasukan bukan teknikal) dan tidak melebihi 360 jam (pasukan teknikal).

Latihan Lanjutan - Latihan ini dijalankan secara berterusan dalam tempoh masa tidak kurang daripada 72 jam dan tdak melebihi 14 hari bagi setiap individu dalam setahun.

Latihan Tahunan - Latihan ini dijalankan secara berterusan pada setiap tahun sebagai kemuncak aktiviti latihan. Latihan tersebut dilaksanakan tidak melebihi 15 hari setiap tahun bagi seseorang individu. latihan ini dilaksanakan secara berkelompok dengan mengaplikasikan kemahiran ilmu medan perang, muslihat dan pengendalian senjata serta latihan rejimental.

Latihan Anggota Pakar - Anggota Pakar hanya perlu mengikuti latihan kem tahunan selama 15 hari setahun.

gambar2 budak ukm la


ni time annual camp la ni 2005 kat kuala krai kelantan


ni di asahan

PASUKAN-PASUKAN ASKAR WATANIAH


Askar Wataniah (AW) telah diorganisasikan dan distrukturkan dalam komponen-komponen berikut:

- Elemen Tempur.
- Elemen Bantuan Tempur.
- Elemen Bantuan Perkhidmatan.
- Elemen Pakar.
- Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES).


ELEMEN TEMPUR

Siri 500 Askar Wataniah - Elemen ini berperanan sama seperti pasukan-pasukan infantri Angkatan Tentera Tetap. Terdapat enam belas rejimen Siri 500 AW di seluruh Malaysia pada ketika ini. Setiap rejimen mempunyai tiga batalion yang ditempatkan di beberapa lokasi.

Armor - Kor Armor Diraja telah mewujudkan Skuadron Armor AW yang diintergrasikan dalam setiap rejimennya. Skuadron-skuadron tersebut terletak di Port Dickson, Kuantan, Sungai Petani, Kuching dan Kota Belud, Sabah.


ELEMEN BANTUAN TEMPUR

Semboyan - Skuadron-skuadron Semboyan Medan AW telah ditubuhkan untuk mewujudkan barisan kedua pasukan pengendali komunikasi TD. Pasukan ini terdapat di Kuala Lumpur, Ipoh dan Sungai Besi.

Jurutera - Mewujudkan Skuadron-skuadron Jurutera AW dengan melatih anggota Sukarela dalam aspek kejuruteraan medan. Skuadron-skuadron ini terdapat di Kuala Terengganu, Kajang, Klang dan Pulau Pinang.

Artileri - Konsep penubuhan sama seperti Armor di mana satu Bateri Artileri AW diintegrasikan dalam Rejimen Artileri Diraja bertempat di Kota Bharu, Taiping, Melaka, Seremban dan Kuala Lumpur.

Risik - Kor Risik mempunyai sebuah unit yang diintegrasikan ke batalion KRD (Tetap). Unit ini terdapat di Pulau Pinang.


ELEMEN BANTUAN PERKHIDMATAN

Kor Perkhidmatan - Terdapat lima Kompeni Angkut AW. Satu Kompeni Bekalan dan Platun Hantaran Udara, AW. Lokasi unit-unit adalah di Seremban, Kuala Lumpur manakala Platun Hantaran Udara di Taiping.

Kor Ordnan - Terdapat satu Kumpulan Ordnan Briged AW (KOB AW) bertempat di Kuala Lumpur dan terdapat unit KOB AW diwujudkan dengan diintegrasikan kepada unit tetap di Kuching, Taiping, Melaka dan Kuantan.

Kor Jurutera Letrik Dan Jentera - Terdapat dua wokshop JLJ AW iaitu di Ipoh dan Kuala Lumpur manakala empat Wokshop Medan AW bertempat di Taiping, Melaka, Kuantan dan Kuching.

Kor Kesihatan - Terdapat empat Kompeni Ubat AW bertempat di Kuantan, Kluang, Sungai Petani dan Kuching.


ELEMEN PAKAR

Unit Semboyan Pakar - Unit ini khusus bagi urusan penyelenggaraan perhubungan. Keanggotaan unit pakar ini terdiri daripada kakitangan Telekom Malaysia.

Unit Jurutera Pakar - Markas Jurutera di Kuala Lumpur. Elemen Jurutera Pakar terdiri daripada:

- Jurutera Pakar Pelabuhan: Unit-unit ini ditubuhkan di pelabuhan-pelabuhan utama negara. Keanggotaan terdiri daripada kakitangan pekerja pelabuhan Kuantan, Klang, Pulau Pinang, Bintulu dan Kuching.

- Jurutera Pakar Keretapi: Unit ini bertanggungjawab bagi menyelenggarakan KTMB semasa darurat. Keanggotaan unit ini adalah kakitangan KTMB.

- Jurutera Pakar Pengendalian Air: Unit ini khusus untuk dianggotai oleh pekerja Bekalan Air.

- Jurutera Pakar Pengendalian Janakuasa: Unit ini khusus untuk dianggotai oleh pekerja Tenaga Nasional Berhad.


PASUKAN LATIHAN PEGAWAI SIMPANAN (PALAPES)

PALAPES ditubuhkan di dua belas Institusi Pengajian Tinggi Awam sebagai pusat pengeluaran pegawai graduan.

Pasukan AW Kerahan (Mobilisasi) - Untuk menampung keperluan anggota dalam mengawasi keselamatan negara beberapa pasukan AW telah dikerah sepenuh masa untuk menjaga keselamatan sempadan dan kawasan-kawasan strategik negara. Antara pasukan-pasukan yang masih dikerah ialah:

- Siri 300 AW.
- Pusat-Pusat Kawalan Sasaran Penting.

Siri 300 AW - Unit-unit ini dikerah untuk menjaga keselamatan Lebuh Raya Timur Barat dan sempadan negara. Operasi Pagar di kawasan Kedah dan Perlis serta Perak dan Kelantan.

Pusat Kawalan Sasaran Penting - Unit Sasaran Penting diwujudkan di tempat strategik negara dan terletak di bawah pentadbiran Markas Pemerintahan Briged.

Sejarah Askar Wataniah

SEJARAH

Pasukan sukarela telahpun wujud di Tanah Melayu sejak tahun 1861 dengan penubuhan pasukan sukarela yang dinamakan 'Penang Volunteer'. Pada tahun 1902, Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (FMS) yang terdiri daripada Negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang telah mula menubuhkan unit sukarelanya yang dikenali sebagai 'Malay State Volunteer Rifles' (MSVR). Pasukan sukarela tersebut terus berkembang dan beberapa pasukan baru telah ditubuhkan dengan gelaran 'Malay Federated Malay States Volunteer Force' (FMSVF), 'Unfederated Malay States Volunteer Force (UFMSVF) dan 'Straits Settlement Volunteer Force' (SSVF). Apabila tercetusnya Perang dunia Kedua, semua pasukan sukarela yang wujud telah sama-sama berganding bahu dengan Angkatan Tetap menentang tentera Jepun di Malaya. Selepas perang dunia kedua pasukan-pasukan sukarela yang telah wujud telah dihidupkan semula. Apabila tercetus darurat di tanah air pada tahun 1948, satu pasukan sukarela iaitu Pasukan Kawalan Kampung (Home Guard) telah ditubuhkan. Pasukan Kawalan Kampung ini telah memainkan peranan yang penting sepanjang masa darurat tersebut.

Dalam tahun 1958, apabila keadaan keselamatan dalam negeri telah dapat dikawal semula Pasukan Kawalan Kampung (Home Guard) telah dibubarkan. Memandangkan ramai dari kalangan anggota pasukan Kawalan Kampung mahu terus menyumbang perkhidmatan sukarela mereka, Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu telah mengambil keputusan untuk menghidupkan serta menyusun pasukan sukarela supaya ianya lebih berkesan dan tersusun rapi, sesuai dengan tujuan penubuhan pasukan sukarela tersebut. The Territorial Army Ordinance 1958 telah digubal. Dengan kuasa Ordinan ini pasukan sukarela yang baru, dikenali dengan nama ASKAR WATANIAH telah ditubuhkan pada 1 Jun 1958.

`ko nak lagu ke?

http://army.mod.gov.my/download.htm

Ko rasa nak ko join la

Untuk yang pertama kalinya ni aku sebagai pembuka bicara blog ni aku harap ia akan di kunjungi oleh sesiapa sahaja yang nak tahu ttg askar nih.... tak suka ko blh belah.. ko suka ko tgk la.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails