Isnin, Ogos 10, 2009

AMBILAN TERBARU, UNTUK DARAT (KAGAT SHJ) KLIK UNTUK LIHAT SYARAT







Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk berkhidmat sebagai Pegawai dalam Perkhidmatan dalam Tentera Darat Malaysia (TDM) bagi Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

SYARAT KELAYAKAN

1. Umur (Pada 1 Dec 2009):
a. Calon Graduan Senarai Tugas Am : Tidak melebihi 27 tahun.
b. Calon Graduan Senarai Tugas Ikhtisas : Tidak melebihi 30 tahun.

2. Fizikal:
a. Tinggi minimum: 1.57m (Lelaki)/ 1.47m (Wanita).
b. Berat minimum: 47.5 kg (Lelaki)/ 40.5 kg (Wanita).
c. Ukuran dada minimum (Lelaki sahaja): 76sm.
d. Body Mass Index (BMI) 17.9 hingga 26.9.

3. Jantina:
a. Lelaki. Untuk semua jawatan dalam Senarai Tugas Am dan Senarai Tugas Ikhtisas.
b. Wanita. Untuk jawatan Senarai Tugas Am dan Senarai Tugas Ikhtisas.

(1) Calon-calon Senarai Tugas Am terhad kepada yang berkelayakan di bawah:
- Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang.
- Diploma Sains Komputer.
- Diploma Kejuteraan Elektrikal/Elektronik.
- Diploma Pengurusan Teknologi Maklumat.
- Diploma Pengurusan Sumber Manusia.

(2) Calon-calon Senarai Tugas Ikhtisas terhad kepada yang berkelayakan Ijazah Sarjana
Muda (Kepujian) Pengajian Islam/Syariah/Usuluddin sahaja.

4. Taraf Kesihatan:
Bagi mereka yang berkaca mata, keupayaan maksimum penglihatan tanpa kaca mata ialah 6/12. Calon-calon mesti lulus pemeriksaan kesihatan yang dijalankan oleh Pegawai Perubatan ATM iaitu memenuhi taraf Darjah Kerja TATADEMOT (DKT) : ¡¯Forwar Everywhere¡ (FE).

5. Kelayakan Akademik:

a. Syarat Am : Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) atau Diploma yang diiktiraf oleh Kerajaan dalam
jurusan yang berkaitan. Calon-calon juga perlu lulus SPM /SPMV atau kelayakan setaraf
dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk
lulus Ujian Lisan), Matematik dan Bahasa Inggeris.

b. Jurusan yang diperlukan (TLDM dan TUDM sahaja) :
(1) Senarai Tugas Am.
(a) Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam bidang-bidang berikut:
- Sains Komputer
- Kejuteraan Elektrikal
- Kejuteraan Elektronik
- Pengurusan Teknologi Maklumat
- Pengurusan Sumber Manusia
- Kejuteraan Kimia
- Pengurusan Teknologi Maklumat
- Pengurusan Logistik
- Perakauanan
- Kejuruteraan Awam
- Kejuruteraan Mekanikal
- Perhubungan Awam/Multimedia
- Pengurusan Perkhidmatan Makanan/Hotel
- Undang-Undang
- Senibina
- Senibina Kapal
- Kejuteraan Merin

(b) Diploma dalam bidang-bidang berikut:
- Sains Komputer
- Kejuteraan Elektrikal
- Kejuteraan Elektronik
- Pengurusan Teknologi Maklumat
- Pengurusan Sumber Manusia

(2) Tugas Ikhtisas/Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT). Ijazah Sarjana Muda
(Kepujian) dalam bidang - Pengajian Islam/Syariah/Usuluddin.

6. Pengesahan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) : Calon-calon yang memiliki Ijazah atau Diploma dari Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan dan luar negara perlu mendapatkan salinan pengesahan pengiktirafan dari JPA melalui Laman Web JPA - www.jpa.gov.my
GAJI DAN ELAUN

7. Gaji.
Gaji akan mengikut skim gaji SSM yang masih berkuatkuasa bagi perkhidmatan ATM.

8. Faedah ¨ faedah Perkhidmatan. Faedah ¨ faedah perkhidmatan yang disediakan oleh ATM ialah seperti berikut:
? Imbuhan Tetap Perumahan ¨ RM 420.00 hingga RM 450.00 sebulan (sekiranya tidak diperuntukkan rumah keluarga)
? Tuntutan Pakaian Istiadat ¨ RM 1,500.00 (3 tahun sekali).
? Elaun Senggaraan Pakaian Seragam ¨ RM 500.00 (setahun sekali)
? Imbuhan Tetap Khidmat Tentera ¨CRM 170.00 hingga RM 300.00 sebulan
? Tuntutan Perjalanan Ke Tempat Kerja ¨ RM 200.00 maksimun sebulan (sekiranya tidak
diperuntukkan kenderaan ke tempat kerja)
? Bayaran Insentif Semenanjung (bagi yang lahir di Sabah dan Sarawak sahaja)
? Bayaran Insentif Sabah dan Sarawak (berkhidmat di Sabah dan Sarawak)
? Rawatan / Perubatan Percuma (termasuk ibubapa)
? Elaun Bantuan Sara Hidup (COLA)

SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN

9. Calon-calon yang terpilih akan ditauliahkan sebagai Pegawai mengikut perkhidmatan masing-masing. Perlantikan dan pentauliahan adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan ¨ pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

CARA PERMOHONAN

10. Permohonan boleh dibuat dengan malayari terus melalui laman web:

http://www.jobsmalaysia.gov.my/.

atau




Permohonan boleh dibuat adalah dengan menghantar salinan dokumen-dokumen seperti berikut:
a. Salinan Ijazah/Diploma.
b. Salinan Sijil SPM atau setaraf.
c. Salinan Transkrip Akademik.
d. Salinan Kad Pengenalan.
e. Salinan Sijil Kokurikulum. (tertinggi sahaja).
f. Salinan Pengesahan Pengikhtirafan JPA (sekiranya berkaitan).
g. Profil Peribadi/Resume Termasuk Nombor Talipon Terkini.
h. Sampul Surat Berukuran 20sm x 28sm, Bersetem RM 1 dan Beralamat Sendiri.
(Sila catatkan di sebelah kiri sampul surat pilihan anda sama ada Tentera Darat
Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia atau Tentera Udara Diraja Malaysia).
i. Sila bawa dokumen-dokumen asal semasa melapur di pusat pemilihan yang akan
dimaklumkan kemudian.

11. Permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada:
Markas Angkatan Tentera Malaysia
Bahagian Perkhidmatan Anggota
Cawangan Tenaga Kerja
Kementerian Pertahanan
Jalan Padang Tembak
50634 KUALA LUMPUR
(Untuk Perhatian: Sel C)



atau




Datang sendiri ke Cawangan Tenaga Kerja, Bahagian Perkhidmatan Anggota, Kementerian Pertahanan, Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur dengan membawa dokumen ¨Cokumen seperti di atas.



UNTUK PERTANYAAN :
Talian: 03-20714524, 03-20714526, 03-20712387, 03-20712391
Talian Bebas Tol : 1-800-88-7588
No Faks: 03-26985340 ,0326986235
Email: ctk.mtk@mod.gov.my
Tarikh Tutup Permohonan: 12 OGOS 2009



Maklumat Penting:
Pemohon tidak perlu mengisi sebarang borang permohonan untuk jawatan di atas. Hanya calon-calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk ujian dan temuduga di pusat pemilihan yang ditetapkan. Mereka yang tidak menerima sebarang surat tawaran temuduga dan ujian pemilihan DUA (2) MINGGU dari tarikh tutup permohonan adalah dianggap tidak berjaya.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails