Selasa, Oktober 20, 2009

RINGKASAN PERKHIDMATAN PEGAWAI ATM

(Kategori perkhidmatan pegawai-pegawai ATM ialah: Pegawai Tauliah Jangka Pendek dan Pegawai Tauliah Tetap)


Pegawai Tauliah Jangka Pendek

Perkhidmatan - Ditauliahkan selama 10 tahun dan dibenarkan menyambung perkhidmatan selama 3 tahun. Permohonan menyambung perkhidmatan selepas 13 tahun boleh dimajukan ke pihak atasan untuk pertimbangan dan kelulusan. Boleh memohon sebagai Pegawai Tauliah Tetap selepas berkhidmat selama 5 tahun dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
Pegawai Kadet - Akan ditauliahkan dengan pangkat Leftenan Muda atau setaraf.
Pegawai Graduan - Akan ditauliahkan dengan pangkat Leftenan atau setaraf.
Pegawai Tugas Ikhtisas - Akan ditauliahkan dengan pangkat Kapten atau setaraf.
Kenaikan Pangkat - Setelah menghadiri kursus-kursus tertentu, lulus peperiksaan kenaikan pangkat, kekosongan jawatan dan disokong oleh pegawai atasan.
Senarai Tugas - Pegawai-pegawai terbahagi kepada kategori senarai seperti berikut:

Senarai Tugas Am >> Pegawai-pegawai yang ditauliahkan daripada Pegawai Kadet dan Pegawai Graduan yang ditauliahkan secara terus.
Senarai Tugas Ikhtisas >> Pegawai-pegawai yang mempunyai kepakaran/kelulusan profesional di dalam bidang-bidang tertentu dan ditauliahkan secara terus.
Senarai Tugas Khas >> Pegawai-pegawai yang ditauliahkan secara terus daripada askar laskar (anggota biasa) kepada pegawai.


Pegawai Tauliah Tetap

Perkhidmatan - Jangkamasa perkhidmatan adalah tetap sehingga umur persaraan (mengikut pangkat) dan berpencen. Pegawai-pegawai lulusan ATMA akan ditauliahkan sebagai Pegawai Tauliah Tetap dengan pangkat Leftenan atau setaraf

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails