Khamis, Julai 15, 2010

TAHNIAH TLDM

ALHAMDULILLAH, sistem persenjataan negara dilihat secara rambangnya telah maju setapak lagi dengan adanya kapal selam untuk mengukuhkan lagi perairan negara dari ancaman-ancaman luar. Semoga dengan pembelian kapal selam ini pembaharuan ATM dalam bidang teknologi pertahanan dapat dipertingkatkan...

Selasa, Julai 13, 2010

PESANAN UNTUK SENIOR


ALHAMDULILLAH......Semester ini Palapes UKM akan menerima keanggotaan yang baru untuk kemasukan ke 32. Tahniah kepada anggota yang telah di tauliahkan dan yang masih kekal dalam PALAPES UKM untuk meneruskan peringkat anda dan seterusnya ditauliahkan. Sudah tentu bagi yang Senior mahukan Junior hormat dengan mereka.. Apa tindakan yang sepatutnya anda lakukan? BULI? Oh jangan lakukan sama sekali.. Banyak lagi cara untuk Senior dihormati dan disegani. Kalau setakat panggil junior lapor bilik sehingga pukul 4 5 pagi, itu tidak memberi apa-apa kebaikkan kepada hubungan PALAPES UKM.

Anda sebagai senior dan inter diperingkat awal seboleh-bolehnya membuat perjumpaan ringkas dengan semua Junior baru dan diadakan dengan majlis yang rasmi dan tidak perlulah untuk mengambil masa yang panjang mengajar Junior yang bukan-bukan. Ini cuma cadangan sahaja. Anda boleh menghebahkan beberapa perkara semasa perjumpaan tersebut dengan syarat semua peringkat KADET PALAPES UKM mesti hadir. Siapa yang akan kendalikan majlis tersebut? Sudah tentulah SUO. Perjumpaan ini sebolehnya sebelum bermula latihan dan sebelum MSK(zaman zaya dulu la). Hanya cadangan..ok sekiranya ada cadangan lagi anda boleh memberi pendapat anda.

Sabtu, Julai 10, 2010

Buli


Buli bermaksud perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan atau maksud untuk menunjukkan kekuatan masing-masing. Ini secara tidak langsung, menjadikan mereka yang lemah mematuhi atau menghormati mereka yang kuat. Ada maksud lain yang menyatakan bahawa buli bermaksud tingkah laku agresif sama ada dalam bentuk fizikal atau psikologikal yang dilakukan secara berulang kali ke atas mangsa dan ia bertujuan mendatangkan perasaan tidak selesa, aman, tenteram dan harmoni. Secara keseluruhannya, perbuatan membuli merupakan perbuatan yang tidak baik serta boleh membuatkan orang lain boleh menjadi mangsa serta boleh mendatangkan ketidak selesaan kepada orang lain.

Rabu, Julai 07, 2010

PALAPES UKM sekali lagi muncul juara kawad terbaik

Oleh Abdul Ghani Nasir

BANGI, 17 Jun, 2010 -- PASUKAN Palapes Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) memenangi Anugerah Kawad Terbaik kali-6 dalam Pertandingan Antara IPTA ke-29 di USM, Pulau Pinang, 12 Jun lalu.

Baca selanjutnya.......

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails