Khamis, Januari 13, 2011

KELENGKAPAN TERBARU ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

KENDERAAN URO VAMTAC  BUATAN SEPANYOL

Satu lagi versi kenderaan ringan platform senjata kini telah mula memasuki perkhidmatan Tentera Darat Malaysia (TDM). Kenderaan ini adalah merupakan dari jenis VAMTEC yang dihasilkan oleh firma URO Vehiculos Especiales SA dari Sepanyol.


VAMTAC adalah akronim kepada ‘Vehículo de Alta Movilidad Táctico’ yang membawa maksud kenderaan taktikal bermobiliti tinggi. Kos perolehan yang dibuat pada pameran DSA 2008 adalah kira-kira RM56.1 juta dengan TDM memperolehi sehingga 85 buah kenderaan. TDM dikatakan akan membahagikan kenderaan kepada beberapa siri platform persenjataan, iaitu 25 buah bagi pembawa sistem peluru berpandu permukaan ke udara aras amat rendah IGLA, 24 buah untuk sistem peluru berpandu anti-kereta kebal METIS-M, 24 bagi platform pelancar grened automatik atau AGL 40mm serta 12 buah akan membawa platform mesingan berat kaliber .50. BACA SETERUSNYA

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails