Rabu, Januari 22, 2014

IKLAN PENGAMBILAN CALON PEGAWAI GRADUAN TAHUN 2014



ANGKATAN TENTERA MALAYSIA
ATM PERKASA KEDAULATAN TERPELIHAR
BERMULA 1 JANUARI HINGGA 31 JANUARI 2014.
PENGAMBILAN CALON LEPASAN IJAZAH YANG BERKELAYAKAN UNTUK DILANTIK SEBAGAI PEGAWAI KADET GRADUAN DI DALAM SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI ANGKATAN TENTERA MALAYSIA TAHUN 2014
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mempelawa warganegara Malaysia lepasan Ijazah yang berkelayakan untuk berkhidmat sebagai pegawai dalam Perkhidmatan Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Kami mengalu-alukan dan menyanjung tinggi calon-calon yang mempunyai semangat juang yang tinggi, berdedikasi serta sanggup berkorban demi mempertahankan kedaulatan negara dengan menyertai perkhidmatan ATM.   Mereka yang berjaya dan terpilih akan dilantik sebagai Pegawai Kadet Graduan untuk menjalani latihan Pegawai Kadet di Kolej Tentera Darat (KTD), Kolej Tentera Laut (KAPAL DIRAJA SULTAN IDRIS I (KDSI I)) TLDM dan Kolej Tentera Udara (KTU).

SEKSYEN A – SYARAT-SYARAT PERLANTIKAN PEGAWAI KADET GRADUAN
1.     Jantina.     Lelaki – TDM, TLDM dan TUDM.
                        Wanita – TLDM dan TUDM.
2.     Umur.       Tidak melebihi 30  tahun pada 31 Disember 2014.
3.    Fizikal.  
       a.    Tinggi minimum: Lelaki 1.62m, Wanita 1.57m.
       b.    Berat minimum: Lelaki 47.5kg, Wanita 45.0kg.
       c.    Ukuran dada minimum: 76sm, Lelaki sahaja.
       d.    Body Mass Index (BMI): 18.0 hingga 23.0 (Lelaki dan Wanita).
4.     Taraf Kesihatan. Calon-calon mesti lulus pemeriksaan kesihatan yang dijalankan oleh Pegawai Perubatan ATM. Tahap Penglihatan ialah 6/6 tanpa kaca mata dan kanta lekap serta memenuhi taraf Darjah Kesihatan Tubuh (DKT) – Forward Everywhere (FE).
5.     Kelayakan Akademik:  
       a.    Kelulusan di Peringkat SPM. Lulus SPM atau kelayakan setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan), Bahasa Inggeris dan Matematik.  
       b.    Kelulusan di Peringkat Ijazah Sarjana Muda. Lulus Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dan memperolehi keputusan Purata Nilaian Gred Kumulatif (PGNK) 2.70 ke atas di dalam jurusan yang diperlukan seperti berikut:      
              (1)     Perkhidmatan Tentera Darat Malaysia (TDM) - (Calon Lelaki Sahaja).          
                       (a)    Kejuruteraan              
                               i.      Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekatronik (Kepujian).
                               ii.     Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Pembuatan (Robotik dan Automasi).
                               iii.    (Kepujian) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Nuklear. (Kepujian)
                               iv.    Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia. (Kepujian)
                               v.     Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Petroleum (Kepujian).
                               vi.    Ijazah Sarjana Muda Sistem Kejuruteraan Ketenteraan (Kepujian) (Military System Engineering).
                               vii.   Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kenderaan Dan persenjataan (Kepujian) (Vehicle and Weapon Engineering).      
                      (b)     Senibina          
                               i.      Ijazah Sarjana Muda Sains Ukur & Geomatik (Kepujian).
                               ii.     Ijazah Sarjana Muda Sains Senibina (Arkitek) (Kepujian).
                               iii.    Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan (Kepujian).      
                      (c)     Teknologi Maklumat/Komputer.          
                               i.      Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Kejuruteraan Perisian) (Kepujian).
                               ii.     Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Komputer (Kepujian).
                               iii.    Ijazah Sarjana Muda Sains Matematik Pengkomputeran (Kepujian).
                               iv.    Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Data dan Perangkaian (Kepujian).
                               v.     Ijazah Sarjana Muda Fizik Komputeran dan Elektronik (Kepujian).
                               vi.    Ijazah Sarjana Muda Teknologi Grafik dan Multimedia(Kepujian).       
                      (d)     Perhotelan dan Katering.          
                               i.      Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Hotel & Katering (Kepujian).
                               ii.     Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perkhidmatan Pemakanan (Kepujian).
                               iii.    Ijazah Sarjana Muda Sains Makanan (Kepujian).
                               iv.    Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Hospitaliti (Kepujian).      
                      (e)     Kewangan/Perakaunan      
                               i.     Ijazah Sarjana Muda Kewangan dan Pentadbiran (Kepujian).
                               ii.    Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian).      
                      (f)     Pengurusan      
                               i.     Ijazah Sarjana Muda Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Kepujian).
                               ii.    Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan (Kepujian).
                               iii.   Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perkhidmatan Pelanggan (Kepujian).
                               iv.   Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pengacaraan (Kepujian).      
                      (g)     Pendidikan      
                               i.     Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Pendidikan (Kepujian) dalam bidang Fizik/ Biologi/ Kimia/ Matematik atau Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) dalam bidang Fizik/ Biologi/ Kimia/ Matematik dan Diploma Pendidikan.                               
                               ii.    Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) TESL/TESOL.
                               iii.   Ijazah Sarjana Muda Bahasa Asing (Mandarin/ Thai/ Tagalog/ Itali/ Sepanyol/ Arab/ Perancis  dengan Diploma Pendidikan (Kepujian).      
                      (h)     Pengajian Islam      
                               i.     Ijazah Sarjana Muda Tahfiz Al-Quran (Kepujian).
                               ii.    Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (Kepujian).
                               iii.   Ijazah Sarjana Muda Usuludin (Kepujian).
                               iv.   Ijazah Sarjana Muda Syariah (Kepujian).
                               v.    Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab (Kepujian).
                               vi.   Ijazah Sarjana Muda Sejarah dan Tamadun Islam (Kepujian).      
                      (i)     Lain-lain      
                              i.      Ijazah Sarjana Muda Undang-undang (Kepujian).
                              ii.     Ijazah Sarjana Muda Pengurusan (Pengangkutan dan Logistik) (Kepujian).
                              iii.    Ijazah Sarjana Muda Teknologi Percetakan (Kepujian).
                              iv.    Ijazah Sarjana Muda Teknologi Tesktil (Kepujian).
                              v.     Ijazah Sarjana Muda Sains Perhutanan (Teknologi dan Industri Surat Kayu) (Kepujian).
                              vi.    Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Fizik Gunaan) (Kepujian).
                              vii.   Ijazah Sarjana Muda Ekonometrik dan Statistik Gunaan (Kepujian).
                              viii.  Ijazah Sarjana Muda Sains Statistik (Kepujian).
                              ix.    Ijazah Sarjana Muda Psikologi & Kaunseling (Kepujian).
                              x.     Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Satelit (Kepujian).
                              xi.    Ijazah Sarjana Muda Kajian Media (Pengajian Media) (Kepujian).
                              xii.   Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial (Komunikasi Media) (Kepujian).
                              xiii.  Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kenderaan Kententeraan (Kepujian) (Degree in Military Vehicle Tecnology).
                              xiv.  Ijazah Sarjana Muda Sains Geografi (Kepujian).
                              xv.   Ijazah Sarjana Muda Sains Geoinformatik (Kepujian).  
              (2)     Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)
                              i.      Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Hospitaliti (Kepujian).
                              ii.     Ijazah Sarjana Muda Seni Kulinari (Kepujian).
                              iii.    Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian).
                              iv.    Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Rantaian Penawaran (Kepujian) (Supply Chain Management)
                              v.     Ijazah Sarjana Muda Pengangkutan dan Logistik (Kepujian).
                              vi.    Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian).
  
              (3)    Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
          
                             i.      Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian).
                             ii.     Ijazah Sarjana Muda Kejuteraan Komputer (Kepujian).
  
6.     Pengesahan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).  Kelulusan dari Institusi-institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan dan luar negara perlu mendapatkan pengesahan pengiktirafan daripada JPA melalui laman sesawang JPA di www.jpa.gov.my.
7.     Kriteria Pemilihan. Calon-calon akan disaring dan diuji melalui proses pemilihan berdasarkan Tapisan Keselamatan, Merit Kelayakan Akademik, Ujian Kepimpinan, Ujian Fizikal, Ujian Bertulis dan Penilaian Lembaga Pemilihan seperti yang telah ditetapkan oleh ATM. Kecemerlangan dalam bidang sukan akan diberi keutamaan.
8.     Pelantikan. Calon-calon yang berjaya terpilih akan dilantik sebagai Pegawai Kadet Graduan untuk menjalani latihan ketenteraan di Kolej-kolej Perkhidmatan.
9.     Gaji, Elaun dan Kemudahan sebagai Pegawai Kadet Graduan.  Berdasarkan Garis Panduan Pelaksanaan Pindaan Syarat-syarat Perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia 2013 yang telah berkuatkuasa pada 1 Januari 2013.
SEKSYEN B – PENTAULIAHAN PEGAWAI KADET GRADUAN
10.     Pentauliahan. Pegawai Kadet yang berjaya lulus dengan cemerlang dalam Latihan Ketenteraan dan TERPILIH akan dianugerahkan tauliah Jangka Pendek setelah diperkenankan oleh SPB Yang DiPertuan Agong.
11.     Gaji, Elaun dan Kemudahan sebagai Pegawai.  Berdasarkan Garis Panduan Pelaksanaan Pindaan Syarat-syarat Perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia 2013  yang telah berkuatkuasa 1 Januari 2013.
SEKSYEN C – PERMOHONAN
12.    Cara Memohon.  
          a.    TIADA BORANG KHUSUS DISEDIAKAN UNTUK TUJUAN PERMOHONAN. Permohonan boleh dibuat dengan menghantar sendiri atau pos salinan dokumen-dokuman yang diperlukan. 
          b.    Calon-calon juga boleh memohon melalui laman sesawang www.jobsmalaysia.gov.my.
13.    Dokumen Utama.  Sila sertakan salinan dokumen-dokumen seperti di bawah setelah disahkan seperti berikut:  
          a.    Profil peribadi (resume) dan nombor telefon bimbit serta alamat e-mail yang boleh dihubungi.  
          b.    Salinan Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang yang ditawarkan.  
          c.    Salinan Transkrip Akademik.  
          d.    Surat Pengesahan JPA (sekiranya berkaitan).  
          e.    Salinan Sijil SPM/SPMV dan setaraf.  
          f.    Salinan Kad Pengenalan Pemohon, Ibu dan bapa.  
          g.    Salinan Sijil Kelahiran Pemohon, Ibu dan Bapa.  
          h.     Salinan Sijil Berhenti Sekolah.  
          i.    Salinan Sijil Sukan dan Ko-kurikulum.   
          j.    Sekeping gambar berukuran pasport.  
          k.    Sekeping sampul Pos Ekspress berukuran 229 mm x 162mm, beralamat sendiri.    
              
14.    Alamat.  Permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar ke alamat:Markas Angkatan Tentera Malaysia

Bahagian Perkhidmatan Anggota
Cawangan Tenaga Kerja
Kementerian Pertahanan
Jalan Padang Tembak
50634 KUALA LUMPUR
(Untuk Perhatian: Sel C)
ATAU
Hadir ke Cawangan Tenaga Kerja, Bahagian Perkhidmatan Anggota, Kementerian Pertahanan, Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur dengan membawa dokumen yang dinyatakan seperti  di atas.
15.    Maklumat Pegawai Pemilih. Sila berhubung dengan pegawai-pegawai seperti berikut:  
          a.    Mej Hj Razali bin Hj Dollah                               -  03-20712382   
          b.    Lt Mohd Hanif Firdaus bin Azmi TLDM             -  03-20712387  
          c.    Kapt Ridzuan bin Abdullah                               -  03-20714524  
          d.    Kapt Ezril Redzuan bin Hj Zainudin TUDM        -  03-20714526  
          e.    Kaunter Pertanyaan dan Penyerahan Borang     -  03-20712391  
          f.    Talian Bebas Tol                                               -  1-800-88-7588  
          g.    Nombor Faks                                                   -  03-26985340  
          h.    Email                                                               -  ctk_mtk@mod.gov.my              
 16.    Tarikh Tutup Permohonan:  31 Jan 2014.

Maklumat Penting: Hanya calon-calon yang memenuhi syarat-syarat di atas akan dipanggil untuk ujian pemilihan dan temuduga di pusat pemilihan yang ditetapkan.  Mereka yang tidak menerima sebarang surat tawaran setelah 16 Februari 2014 dari tarikh tutup permohonan adalah dianggap tidak berjaya. Semua Maklumat dan Dokumen calon yang telah dihantar adalah hak milik ATM dan diklasifikasikan SULIT DARIHAL ANGGOTA dan tidak akan dipulangkan semula.

PEMILIHAN AWAL PERAJURIT MUDA TUDM SABAH

jawatan-tudm

ALHAMDULILLAH ALHAMDULILLAH ALHAMDULILLAH

Syukur kepada Allah s.w.t kerana masih memberi kudrat dan inayat kepada kita seluruh hambanya dan makhluk alam ciptaanNya.  Tahun baru 2014 telah berlalu 22 hari yang lalu.  Itula setiap detik kehidupan kita usianya bertambah setiap saat dan waktu. Baik dan buruk perlaksanaan perjalanan harian kita dicatat setiap satu nya. Admin PALAPES UKM dengan rendah diri mengucapkan selamat tahun baru dan salam mauludirasul... 
Sebagai alumni PALAPES UKM kita seharusnya menjadikan perjalanan kehidupan kita di Malaysia ini sebagai satu rahmat. Jati diri yang telah diterapkan melalui IKRAR KESATRIA seharusnya dipegang selagi hidup dikandung badan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails