Khamis, Januari 27, 2011

Ramai anggota tentera hadapi masalah pendengaran

KUALA LUMPUR: Jumlah anggota dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang menghadapi masalah pendengaran semakin ramai dengan 22 peratus daripada mereka dikesan menghadapi masalah itu sejak 2000 hingga 2008.

Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Azizan Ariffinn klik untur baca

Isnin, Januari 24, 2011

Sabtu, Januari 22, 2011

TAHNIAH PASKAL!

ATM tahan tujuh lanun Somalia

Oleh Hardi Effendi Yaacob
hardi@bharian.com.my
2011/01/22


PASUKAN Khas Laut ATM memberkas lanun Somalia di atas MT Bunga Laurel, kelmarin.Kapal Malaysia hanya jadi tawanan hampir dua jam


KUALA LUMPUR: Tindakan pantas Pasukan Khas Laut(PASKAL) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berjaya membebaskan sebuah kapal tangki Malaysia bersama 23 anak kapal, tidak sampai dua jam selepas ia dirampas lanun Somalia di Teluk Aden, kira-kira 300 batu nautika ke timur Oman, kelmarin.

PASKAL (Pasukan Khas Laut)

Pasukan Khas Laut atau nama singkatannya PASKAL merupakan pasukan elit dari Tentera Laut Diraja Malaysia. Unit ini juga yang diperkatakan sebagai sebuah pasukan elit No.1 di Malaysia kerana terkenal dengan sistem persenjataan, taktikal dan kelengkapan yang jauh lebih moden daripada pasukan-pasukan elit Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ini memulakan operasinya pada 1 Oktober 1980 dikawasan perairan Malaysia dan menjalankan 3 cabang operasi meliputi darat, laut dan udara...baca di wikipedia

Selasa, Januari 18, 2011

PENTAULIAHAN KD SELANGOR


Written by LK TME S Mohd Shaiful bin Mohamad Rashid

Lumut, 15 Dis - Kesiagaan Armada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) diperkukuhkan lagi dengan pentauliahan Kapal Diraja (KD) SELANGOR yang berlangsung pagi ini di Jeti Operasi, Pangkalan TLDM Lumut, Perak. Istiadat pentauliahan ini telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Laut, Yang Berbahagia Laksamana Tan Sri Abdul Aziz bin Haji Jaafar. KD SELANGOR merupakan baca seterusnya...

Isnin, Januari 17, 2011

HARAPAN LEBIH BESAR UNTUK SEMUA KAUM

Tiada halangan kepada mana-mana warganegara Malaysia untuk menyertai pasukan keselamatan negara.  Ianya tidak hanya untuk satu kaum sahaja dalam mempertahankan negara malah tanggungjawab bagi menjaga keamanan negara ini semamangnya tanggungjawab bersama. 
    Paling diharapakan agar minat menyertai anggota keselamatan ini akan lebih meluas kepada semua kaum.  Tahniah saya ucapkan kepada pasangan kembar ini Hwong Yie Hong dan Hwong Yie Yang, 16, yang meneruskan tradisi keluarga apabila berjaya memasuki Maktab Tentera Diraja (MTD) di Kem Sungai Besi. Baca berita mengenainya.... 

Khamis, Januari 13, 2011

Singgah Makan Di CT ONE

Kafe  CT ONE di Wangsa Maju
Kepada anggota yang mengunjungi Wangsa Walk, Caffour, KFC, dan kawasan sekitar Wangsa Maju, sekirannya hendak menghilangkan dahaga atau mengurangkan kelaparan perut anda, singgahlah ke kafe CT ONE berkonsepkan tentera berhadapan Wangsa Walk di belakang kedai Aksesori Kereta.  Ini bukanlah iklan berbayar, cuma berkongsi sesama anggota bagi meningkatkan lagi ekonomi anggota... Jemputlah ke sana.

KELENGKAPAN TERBARU ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

KENDERAAN URO VAMTAC  BUATAN SEPANYOL

Satu lagi versi kenderaan ringan platform senjata kini telah mula memasuki perkhidmatan Tentera Darat Malaysia (TDM). Kenderaan ini adalah merupakan dari jenis VAMTEC yang dihasilkan oleh firma URO Vehiculos Especiales SA dari Sepanyol.


VAMTAC adalah akronim kepada ‘Vehículo de Alta Movilidad Táctico’ yang membawa maksud kenderaan taktikal bermobiliti tinggi. Kos perolehan yang dibuat pada pameran DSA 2008 adalah kira-kira RM56.1 juta dengan TDM memperolehi sehingga 85 buah kenderaan. TDM dikatakan akan membahagikan kenderaan kepada beberapa siri platform persenjataan, iaitu 25 buah bagi pembawa sistem peluru berpandu permukaan ke udara aras amat rendah IGLA, 24 buah untuk sistem peluru berpandu anti-kereta kebal METIS-M, 24 bagi platform pelancar grened automatik atau AGL 40mm serta 12 buah akan membawa platform mesingan berat kaliber .50. BACA SETERUSNYA

Isnin, Januari 10, 2011

PENGAMBILAN PERANTIS PUTERA 10&11 JANUARI 2011

Tentera Darat Malaysia mempelawa pelajar-pelajar LELAKI lepasan PMR untuk melanjutkan pelajaran di dalam bidang vokasional selama 2 tahun di KLIK UNTUK MAKLUMAT PENGAMBILAN

PELANCARAN KOMPENI ASKAR WATANIAH

KUALA KUBU BHARU: Pelancaran Kompeni Askar Wataniah bagi kawasan-kawasan Hulu Selangor, Tanjung Karang, Sungai Besar dan Sepang baru-baru ini klik untuk baca seterusnya...

PENAFIAN TERHADAP LAMAN SOSIAL DI ATAS NAMA TENTERA DARAT MALAYSIA

Adalah dimaklumkan bahawa Tentera Darat Malaysia (TDM) tidak mempunyai sebarang laman sosial  rasmi seperti Facebook, Friendster, Twitter, My Space atau mana mana laman sosial yang lain. Sekiranya klik untuk baca seterusnya...

Isnin, Januari 03, 2011

PERMOHONAN JAWATAN APMM


PERMOHONAN JAWATAN KOSONG (SEPANJANG MASA)
Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa memohon jawatan-jawatan kosong dalam Perkhidmatan Awam Am Persekutuan, Perkhidmatan Awam Bersama yang am bagi Persekutuan dan Perkhidmatan Awam Negeri Melaka, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Perlis menggunakan Borang Permohonan Online (SPA8i).
Permohonan boleh dibuat sepanjang masa sama ada melalui Portal SPA atau Portal JobsMalaysia. Walaubagaimanapun permohonan terkini akan membatalkan permohonan terdahulu. Sila pilih hanya satu (1) kategori borang yang bersesuaian dengan kelulusan anda dan bilangan jawatan yang boleh dipohon adalah maksimum 5 jawatan.

JIKA DIPANGGIL UNTUK TEMUDUGA, INILAH KRITERIA YANG DPERLUKAN:
ARAHAN KEPADA CALON
1.Pada hari ujian calon hendaklah membawa perkara berikut:-
    i)Surat Panggilan Pemeriksaan Fizikal dan Pancaindera
ii)Dokumen Pengenalan Diri
iii)Kemeja T
iv)Kasut Sukan Bertapak Getah
v)Seluar Sukan (Track Suit)
2.
Calon mestilah mematuhi arahan ketua penguji.
3.
Calon hendaklah berada di Pusat Pemeriksaan Fizikal lima belas (15) minit sebelum pemeriksaan dimulakan.
4.
Calon KPSL disyaratkan Pemeriksaan Fizikal dan Pancaindera.
    i)Body Mass Index diantara 19 - 29.9.
ii)Pengecaman warna.
iii)Pemeriksaan fizikal lain dikecualikan.
KANDUNGAN PEMERIKSAAN FIZIKAL DAN PANCAINDERA
1.Perkara-perkara yang diuji:-
    a)Pemeriksaan Ukuran Badan
        i)Ketinggian.
ii)Berat Badan.
iii)Body Mass Index (BMI) 19-26
iv)Ukuran Dada ( biasa/tarik nafas) - (calon wanita dikecualikan).
    b)Pemeriksaan Penglihatan
        i)Jarak Penglihatan Visual Acuity 6/9 (tanpa memakai cermin mata atau kanta lekap (contact lense)).
ii)Pengecaman Warna.
    c)Pemeriksaan Tubuh Badan Dan Gaya Berjalan.
        i)Jari, tangan, kaki dan lain-lain anggota berkeadaan baik.
ii)Berkawad.
KANDUNGAN PEMERIKSAAN KECERGASAN
1.Larian 2.4 Km Dalam Masa
    a)Lelaki 12 Minit
    b)Wanita 15 Minit
2.Bangun Tubi (Sit-up) Dalam Masa 2 Minit
    a)Lelaki 30 Kali
    b)Wanita 28 Kali
3.Lari Ulang Alik (Shuttle Run) Sejauh 10 Meter
    a)Lelaki 10 Saat
    b)Wanita 12 Saat
4.Lompat Jauh Berdiri (Standing Broad Jump)
    a)Lelaki 215 Sentimeter
    b)Wanita 162 Sentimeter
5.Tekan Tubi (Push-Up) Dalam Masa 1 Minit
    a)Lelaki 10 Kali
    b)Wanita 8 Kali

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails