Khamis, Januari 13, 2011

Singgah Makan Di CT ONE

Kafe  CT ONE di Wangsa Maju
Kepada anggota yang mengunjungi Wangsa Walk, Caffour, KFC, dan kawasan sekitar Wangsa Maju, sekirannya hendak menghilangkan dahaga atau mengurangkan kelaparan perut anda, singgahlah ke kafe CT ONE berkonsepkan tentera berhadapan Wangsa Walk di belakang kedai Aksesori Kereta.  Ini bukanlah iklan berbayar, cuma berkongsi sesama anggota bagi meningkatkan lagi ekonomi anggota... Jemputlah ke sana.

KELENGKAPAN TERBARU ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

KENDERAAN URO VAMTAC  BUATAN SEPANYOL

Satu lagi versi kenderaan ringan platform senjata kini telah mula memasuki perkhidmatan Tentera Darat Malaysia (TDM). Kenderaan ini adalah merupakan dari jenis VAMTEC yang dihasilkan oleh firma URO Vehiculos Especiales SA dari Sepanyol.


VAMTAC adalah akronim kepada ‘Vehículo de Alta Movilidad Táctico’ yang membawa maksud kenderaan taktikal bermobiliti tinggi. Kos perolehan yang dibuat pada pameran DSA 2008 adalah kira-kira RM56.1 juta dengan TDM memperolehi sehingga 85 buah kenderaan. TDM dikatakan akan membahagikan kenderaan kepada beberapa siri platform persenjataan, iaitu 25 buah bagi pembawa sistem peluru berpandu permukaan ke udara aras amat rendah IGLA, 24 buah untuk sistem peluru berpandu anti-kereta kebal METIS-M, 24 bagi platform pelancar grened automatik atau AGL 40mm serta 12 buah akan membawa platform mesingan berat kaliber .50. BACA SETERUSNYA

Isnin, Januari 10, 2011

PENGAMBILAN PERANTIS PUTERA 10&11 JANUARI 2011

Tentera Darat Malaysia mempelawa pelajar-pelajar LELAKI lepasan PMR untuk melanjutkan pelajaran di dalam bidang vokasional selama 2 tahun di KLIK UNTUK MAKLUMAT PENGAMBILAN

PELANCARAN KOMPENI ASKAR WATANIAH

KUALA KUBU BHARU: Pelancaran Kompeni Askar Wataniah bagi kawasan-kawasan Hulu Selangor, Tanjung Karang, Sungai Besar dan Sepang baru-baru ini klik untuk baca seterusnya...

PENAFIAN TERHADAP LAMAN SOSIAL DI ATAS NAMA TENTERA DARAT MALAYSIA

Adalah dimaklumkan bahawa Tentera Darat Malaysia (TDM) tidak mempunyai sebarang laman sosial  rasmi seperti Facebook, Friendster, Twitter, My Space atau mana mana laman sosial yang lain. Sekiranya klik untuk baca seterusnya...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails