Sabtu, Januari 22, 2011

TAHNIAH PASKAL!

ATM tahan tujuh lanun Somalia

Oleh Hardi Effendi Yaacob
hardi@bharian.com.my
2011/01/22


PASUKAN Khas Laut ATM memberkas lanun Somalia di atas MT Bunga Laurel, kelmarin.Kapal Malaysia hanya jadi tawanan hampir dua jam


KUALA LUMPUR: Tindakan pantas Pasukan Khas Laut(PASKAL) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berjaya membebaskan sebuah kapal tangki Malaysia bersama 23 anak kapal, tidak sampai dua jam selepas ia dirampas lanun Somalia di Teluk Aden, kira-kira 300 batu nautika ke timur Oman, kelmarin.

PASKAL (Pasukan Khas Laut)

Pasukan Khas Laut atau nama singkatannya PASKAL merupakan pasukan elit dari Tentera Laut Diraja Malaysia. Unit ini juga yang diperkatakan sebagai sebuah pasukan elit No.1 di Malaysia kerana terkenal dengan sistem persenjataan, taktikal dan kelengkapan yang jauh lebih moden daripada pasukan-pasukan elit Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ini memulakan operasinya pada 1 Oktober 1980 dikawasan perairan Malaysia dan menjalankan 3 cabang operasi meliputi darat, laut dan udara...baca di wikipedia

Selasa, Januari 18, 2011

PENTAULIAHAN KD SELANGOR


Written by LK TME S Mohd Shaiful bin Mohamad Rashid

Lumut, 15 Dis - Kesiagaan Armada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) diperkukuhkan lagi dengan pentauliahan Kapal Diraja (KD) SELANGOR yang berlangsung pagi ini di Jeti Operasi, Pangkalan TLDM Lumut, Perak. Istiadat pentauliahan ini telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Laut, Yang Berbahagia Laksamana Tan Sri Abdul Aziz bin Haji Jaafar. KD SELANGOR merupakan baca seterusnya...

Isnin, Januari 17, 2011

HARAPAN LEBIH BESAR UNTUK SEMUA KAUM

Tiada halangan kepada mana-mana warganegara Malaysia untuk menyertai pasukan keselamatan negara.  Ianya tidak hanya untuk satu kaum sahaja dalam mempertahankan negara malah tanggungjawab bagi menjaga keamanan negara ini semamangnya tanggungjawab bersama. 
    Paling diharapakan agar minat menyertai anggota keselamatan ini akan lebih meluas kepada semua kaum.  Tahniah saya ucapkan kepada pasangan kembar ini Hwong Yie Hong dan Hwong Yie Yang, 16, yang meneruskan tradisi keluarga apabila berjaya memasuki Maktab Tentera Diraja (MTD) di Kem Sungai Besi. Baca berita mengenainya.... 

Khamis, Januari 13, 2011

Singgah Makan Di CT ONE

Kafe  CT ONE di Wangsa Maju
Kepada anggota yang mengunjungi Wangsa Walk, Caffour, KFC, dan kawasan sekitar Wangsa Maju, sekirannya hendak menghilangkan dahaga atau mengurangkan kelaparan perut anda, singgahlah ke kafe CT ONE berkonsepkan tentera berhadapan Wangsa Walk di belakang kedai Aksesori Kereta.  Ini bukanlah iklan berbayar, cuma berkongsi sesama anggota bagi meningkatkan lagi ekonomi anggota... Jemputlah ke sana.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails