Jumaat, Mei 05, 2006

Sejarah Askar Wataniah

SEJARAH

Pasukan sukarela telahpun wujud di Tanah Melayu sejak tahun 1861 dengan penubuhan pasukan sukarela yang dinamakan 'Penang Volunteer'. Pada tahun 1902, Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (FMS) yang terdiri daripada Negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang telah mula menubuhkan unit sukarelanya yang dikenali sebagai 'Malay State Volunteer Rifles' (MSVR). Pasukan sukarela tersebut terus berkembang dan beberapa pasukan baru telah ditubuhkan dengan gelaran 'Malay Federated Malay States Volunteer Force' (FMSVF), 'Unfederated Malay States Volunteer Force (UFMSVF) dan 'Straits Settlement Volunteer Force' (SSVF). Apabila tercetusnya Perang dunia Kedua, semua pasukan sukarela yang wujud telah sama-sama berganding bahu dengan Angkatan Tetap menentang tentera Jepun di Malaya. Selepas perang dunia kedua pasukan-pasukan sukarela yang telah wujud telah dihidupkan semula. Apabila tercetus darurat di tanah air pada tahun 1948, satu pasukan sukarela iaitu Pasukan Kawalan Kampung (Home Guard) telah ditubuhkan. Pasukan Kawalan Kampung ini telah memainkan peranan yang penting sepanjang masa darurat tersebut.

Dalam tahun 1958, apabila keadaan keselamatan dalam negeri telah dapat dikawal semula Pasukan Kawalan Kampung (Home Guard) telah dibubarkan. Memandangkan ramai dari kalangan anggota pasukan Kawalan Kampung mahu terus menyumbang perkhidmatan sukarela mereka, Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu telah mengambil keputusan untuk menghidupkan serta menyusun pasukan sukarela supaya ianya lebih berkesan dan tersusun rapi, sesuai dengan tujuan penubuhan pasukan sukarela tersebut. The Territorial Army Ordinance 1958 telah digubal. Dengan kuasa Ordinan ini pasukan sukarela yang baru, dikenali dengan nama ASKAR WATANIAH telah ditubuhkan pada 1 Jun 1958.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails