PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak (kiri) menerima tabik hormat ketika tiba di Lapangan Terbang Hua Hin, Thailand malam tadi bagi menghadiri Sidang Kemuncak Asean ke-15. Ketibaan Najib disambut Menteri Penerangan dan Teknologi Maklumat Thailand, Ranongruk Suwanchawee dan Duta Besar Malaysia ke Thailand, Datuk Husni Zai Yaakob. - Foto AFP
SUATU PERKARA BURUK TENTANG PALAPES UKM IALAH "KITA TERPAKSA MENINGGALKANNYA"- C'MAT PUAKA.
Sabtu, Oktober 24, 2009
Rabu, Oktober 21, 2009
Selasa, Oktober 20, 2009
RINGKASAN PERKHIDMATAN PEGAWAI ATM
(Kategori perkhidmatan pegawai-pegawai ATM ialah: Pegawai Tauliah Jangka Pendek dan Pegawai Tauliah Tetap)
Pegawai Tauliah Jangka Pendek
Perkhidmatan - Ditauliahkan selama 10 tahun dan dibenarkan menyambung perkhidmatan selama 3 tahun. Permohonan menyambung perkhidmatan selepas 13 tahun boleh dimajukan ke pihak atasan untuk pertimbangan dan kelulusan. Boleh memohon sebagai Pegawai Tauliah Tetap selepas berkhidmat selama 5 tahun dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
Pegawai Kadet - Akan ditauliahkan dengan pangkat Leftenan Muda atau setaraf.
Pegawai Graduan - Akan ditauliahkan dengan pangkat Leftenan atau setaraf.
Pegawai Tugas Ikhtisas - Akan ditauliahkan dengan pangkat Kapten atau setaraf.
Kenaikan Pangkat - Setelah menghadiri kursus-kursus tertentu, lulus peperiksaan kenaikan pangkat, kekosongan jawatan dan disokong oleh pegawai atasan.
Senarai Tugas - Pegawai-pegawai terbahagi kepada kategori senarai seperti berikut:
Senarai Tugas Am >> Pegawai-pegawai yang ditauliahkan daripada Pegawai Kadet dan Pegawai Graduan yang ditauliahkan secara terus.
Senarai Tugas Ikhtisas >> Pegawai-pegawai yang mempunyai kepakaran/kelulusan profesional di dalam bidang-bidang tertentu dan ditauliahkan secara terus.
Senarai Tugas Khas >> Pegawai-pegawai yang ditauliahkan secara terus daripada askar laskar (anggota biasa) kepada pegawai.
Pegawai Tauliah Tetap
Perkhidmatan - Jangkamasa perkhidmatan adalah tetap sehingga umur persaraan (mengikut pangkat) dan berpencen. Pegawai-pegawai lulusan ATMA akan ditauliahkan sebagai Pegawai Tauliah Tetap dengan pangkat Leftenan atau setaraf

PERUTUSAN KHAS PANGLIMA ANGKATAN TENTERA SEMPENA HARI ULANG TAHUN ATM KE 76
Tarikh: 16-09-2009
BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH DAN SALAM SEJAHTERA. ALHAMDULILLAH, SEGALA PUJIAN DAN KESYUKURAN KE HADRAT ALLAH SUBHANAHU WATAALA KERANA DENGAN LIMPAH KURNIA DAN KEIZINANNYA, DAPAT SAYA MENYAMPAIKAN PERUTUSAN KHAS BERSEMPENA DENGAN SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA KE-76. SEMPENA HARI YANG PENUH BERMAKNA INI, MARILAH KITA BERSAMA-SAMA MELAFAZKAN KESYUKURAN KE HADRAT ALLAH SUBHANAHU WATAALA KERANA KITA SEMUA DAPAT MENJALANI KEHIDUPAN HARIAN DALAM SUASANA YANG AMAN DAN DAMAI, DAN TIDAK SEPERTIMANA DALAM KEADAAN YANG TIDAK DIINGINI DI SESETENGAH NEGARA LAIN. SESUNGGUHNYA, KEAMANAN DAN KEHARMONIAN YANG KITA KECAPI INI ADALAH KURNIA DARI ALLAH SUBHANAHU WATAALA ATAS HASIL DARIPADA USAHA GIGIH YANG DICURAHKAN OLEH PELBAGAI PIHAK, TERMASUKLAH KERJASAMA ERAT ANTARA ANGKATAN TENTERA MALAYSIA DAN SEKTOR KERAJAAN SERTA SOKONGAN PADU RAKYAT JELATA. JUSTERU ITU, ADALAH MENJADI TANGGUNGJAWAB ANGKATAN TENTERA MALAYSIA UNTUK MEMASTIKAN KEADAAN INI BERKEKALAN BAGI MEMBOLEHKAN SEGALA AGENDA KEMAJUAN DAN PEMBANGUNAN SERTA AKTIVITI HARIAN RAKYAT JELATA BERJALAN DENGAN LANCAR DAN SELESA. UNTUK ITU, SEBAGAI MENGENANG 76 TAHUN PENGORBANAN DAN KOMITMEN PADU ANGKATAN TENTERA MALAYSIA TERHADAP KEPERCAYAAN YANG DIBERIKAN OLEH NEGARA DAN RAKYAT, TEMA SEMPENA SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA PADA TAHUN INI ADALAH SAMA SEPERTI TAHUN YANG LALU IAITU 慘OMITMEN KAMI, KEYAKINAN ANDA? TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN SEKALIAN, SEBAGAI PERISAI NEGARA, ANGKATAN TENTERA MALAYSIA AKAN SENTIASA KOMITED MEMAINKAN PERANAN UTAMANYA IAITU MEMPERTAHANKAN KEDAULATAN TANAHAIR DAN SEGALA KEPENTINGAN STRATEGIKNYA DARIPADA ANCAMAN LUAR. BERDASARKAN KEPADA KEADAAN KESELAMATAN GLOBAL DAN SERANTAU YANG SEMAKIN KOMPLEKS DAN MENCABAR DEWASA INI, ANGKATAN TENTERA MALAYSIA AKAN TERUS BERWASPADA DAN BERSEDIA UNTUK MENGHADAPI SEBARANG KEMUNGKINAN SAMA ADA BERBENTUK TRADISIONAL MAHUPUN YANG BUKAN TRADISIONAL. DAPAT KITA PERHATIKAN BAHAWA TREND ANCAMAN KESELAMATAN PADA HARI INI MUNCUL SECARA TIBA-TIBA TANPA AMARAN AWAL YANG JELAS. INSYA ALLAH, DALAM APA JUA KEADAAN YANG BAKAL KITA HADAPI, ANGKATAN TENTERA MALAYSIA AKAN TERUS MEMIKUL SEGALA TUGAS DAN TANGGUNGJAWABNYA DENGAN PENUH GAGAH SETIA, SEDIA BERKORBAN DAN SENTIASA DI ANGKASA RAYA SEPERTIMANA COGAN KATA PERKHIDMATAN DARAT, LAUT DAN UDARA. DALAM USAHA BERSAMA-SAMA MEMELIHARA KESELAMATAN DAN KESTABILAN SERANTAU PULA, ANGKATAN TENTERA MALAYSIA AKAN TERUS MENJALIN KEUTUHAN KERJASAMA KETENTERAAN SERANTAU SEBAGAI USAHA POSITIF SEJAJAR DENGAN PRINSIP DIPLOMASI KETENTERAAN YANG DILAKSANAKAN MELALUI MEKANISME LANGKAH-LANGKAH PEMBINAAN KEYAKINAN (CONFIDENCE-BUILDING MEASURES). DALAM KONTEKS INI, HUBUNGAN DUA HALA DENGAN NEGARA-NEGARA JIRAN AKAN TERUS DIPERTINGKATKAN MENERUSI PLATFORM SEDIA ADA SEPERTI 慓ENERAL BORDER COMMITTEE?DAN 慔IGH LEVEL COMMITTEE? HUBUNGAN INI AKAN DIPERKUKUHKAN LAGI DENGAN PELBAGAI JALINAN HUBUNGAN DI PERINGKAT PUCUK PIMPINAN NEGARA DAN JUGA ANGKATAN TENTERA MALAYSIA. SAYA PENUH YAKIN BAHAWA MELALUI PENDEKATAN INI, SEGALA PERMASALAHAN YANG TIMBUL AKAN DAPAT DISELESAIKAN SECARA RUNDINGAN KESEPAKATAN DAN DIPLOMASI KETENTERAAN, DAN OLEH ITU AKAN DITERUSKAN DARI SEMASA KE SEMASA. MENYENTUH TENTANG PERANAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA DI PERSADA ANTARABANGSA PULA, KITA HARUS BERSYUKUR KERANA TERUS DIBERI PENGHORMATAN UNTUK TURUT SERTA DALAM PELBAGAI MISI PENGAMAN DI BAWAH PANJI-PANJI PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB). PADA MASA KINI, ANGGOTA TENTERA KITA DITUGASKAN DI TUJUH BUAH NEGARA SAMA ADA SEBAGAI PASUKAN PEMERHATI ATAUPUN PASUKAN PENGAMAN. LEBIH BERERTI LAGI APABILA ANGKATAN TENTERA MALAYSIA TELAH DIBERI KEPERCAYAAN UNTUK MENAIK TARAF KEKUATAN PASUKAN PENGAMAN DI LUBNAN DARI KONTINJEN KEPADA BATALION DENGAN KOMPOSISI SEKARANG SERAMAI 79 PEGAWAI DAN 669 ORANG ANGGOTA LAIN-LAIN PANGKAT. DI SAMPING ITU, PENGALAMAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA DALAM MELAKSANAKAN BANTUAN KEMANUSIAAN DAN MENYELAMAT MANGSA-MANGSA BENCANA ALAM DI BANDA ACHEH, YOGJAKARTA, PAKISTAN, MYANMAR DAN REPUBLIK RAKYAT CHINA TIDAK BOLEH DIPERKECILKAN. SELAIN ITU JUGA, KEJAYAAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA MELAKSANAKAN MISI ANTI-PELANUNAN DI TELUK ADEN TELAH MEMARTABATKAN KEUPAYAAN ATM DI KACA MATA DUNIA. JELAS KEPADA KITA BAHAWA PEMBABITAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA DALAM MISI DI LUAR NEGARA MEMPAMERKAN KESIAGAAN ATM YANG SENTIASA BERADA PADA TAHAP YANG TINGGI. DENGAN ASET YANG MENCUKUPI SERTA ANGGOTA YANG TERLATIH LAGI PROFESIONAL, MEREKA BERSEDIA UNTUK BERTINDAK TANGKAS DALAM APA JUA KEADAAN DAN KRISIS YANG AKAN DITANGANI. INI SEMUA ADALAH HASIL SOKONGAN PADU OLEH KERAJAAN DALAM MENENTUKAN TAHAP PROFESIONALISME DAN KEUPAYAAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA SENTIASA DIPELIHARA DAN DIBERI KEUTAMAAN. TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN SEKALIAN, PERUBAHAN KE ATAS PERSEKITARAN STRATEGIK DAN PERGOLAKAN SEMASA DI RANTAU INI DAN GLOBAL TELAH MENCORAKKAN WAJAH PEPERANGAN MASA KINI DAN MASA HADAPAN. IA MENUNTUT ANGKATAN TENTERA MALAYSIA UNTUK MENGATUR STRATEGI PEMBANGUNAN KEUPAYAANNYA AGAR SENTIASA MAMPU MENGHADAPI SEGALA ANCAMAN YANG MENDATANG. MELIHAT KEPADA SENARIO KONFLIK MASA HADAPAN YANG TIDAK MENENTU DI SAMPING RISIKO YANG PERLU DIURUS DENGAN BERKESAN, KITA SEDAR BAHAWA ANGKATAN TENTERA MALAYSIA PERLU DIBANGUNKAN SECARA BERSEPADU UNTUK BEROPERASI DALAM EMPAT DOMAIN UTAMA MEDAN PEPERANGAN IAITU DARATAN, MARITIM, RUANG UDARA DAN INFORMASI. JUSTERU ITU, MULAI TAHUN INI, ANGKATAN TENTERA MALAYSIA TELAH MEMASUKI DIMENSI KEEMPATNYA ATAU FOURTH DIMENSION MALAYSIAN ARMED FORCES IAITU ERA TRANSFORMASI YANG BERCIRIKAN KEUPAYAAN BERSEPADU DAN KEUPAYAAN PELBAGAI DIMENSI. KEADAAN INI AKAN MEMBOLEHKAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA BEROPERASI SECARA BERSAMA SERTA DAPAT MEMBINA KESAN SINERGI YANG OPTIMUM. CIRI-CIRI UTAMA YANG DISASARKAN OLEH ANGKATAN TENTERA MALAYSIA DALAM ERA TRANSFORMASI ADALAH KEBERSAMAAN, CEGAH RINTANG DAN VERSATIL YANG DIYAKINI AKAN MEMBOLEHKANNYA MENANGANI SEGALA CABARAN DALAM SEBARANG SITUASI KONFLIK MASA HADAPAN DENGAN LEBIH MANTAP LAGI BERKESAN. PADA HEMAT SAYA, EVOLUSI TRANSFORMASI KEUPAYAAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA INI PERLU DIPERKASA SECARA MENYELURUH YANG BUKAN SAHAJA TERTUMPU KEPADA ASPEK PENSTRUKTURAN ORGANISASI DAN PEROLEHAN ASET-ASET TEMPUR BERTEKNOLOGI CANGGIH, MALAHAN MEMBUDAYAKAN NILAI TERAS YANG BERWIBAWA, KEPIMPINAN BERINTEGRITI DAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN YANG BERKUALITI. SAYA GEMBIRA KERANA HASIL PERANCANGAN YANG DINAMIK, ASET-ASET MODAL ANGKATAN TENTERA MALAYSIA PADA HARI INI MERANGKUMI BIDANG KEPAKARAN YANG LUAS SEPERTI KEMAHIRAN TEMPUR, PERSENJATAAN, PERISIKAN, TEKNOLOGI SIBER, KEJURUTERAAN SERTA PERUBATAN. HANYA KETUMBUKAN ANGKATAN TENTERA YANG MANTAP SERTA LENGKAP DARI SEGI ASET TEMPUR, LOGISTIK DAN SUMBER MANUSIA SAHAJA YANG AKAN DAPAT MEMBERI KEYAKINAN KEPADA RAKYAT BAHAWA IANYA BENAR-BENAR MAMPU BERFUNGSI SEBAGAI TONGGAK UTAMA PERTAHANAN NEGARA. SUKA SAYA TEGASKAN DI SINI BAHAWA RANCANGAN PEMODENAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA BUKANLAH UNTUK BERLUMBA-LUMBA DENGAN MANA-MANA NEGARA LAIN, APATAH LAGI NEGARA KITA BERPEGANG TEGUH KEPADA KONSEP BERKECUALI SERTA TIDAK CAMPUR TANGAN DALAM URUSAN DALAMAN NEGARA-NEGARA LUAR. HAKIKATNYA, LANGKAH INI DIAMBIL DEMI MENJAMIN KEDAULATAN DAN MEMPERTAHANKAN KEPENTINGAN STRATEGIK NEGARA AGAR TETAP TERPELIHARA. SUKA SAYA NYATAKAN BAHAWA PEMBANGUNAN KEUPAYAAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA TIDAKLAH HANYA TERTUMPU KEPADA KELENGKAPAN PERANG YANG CANGGIH DAN BERTEKNOLOGI TINGGI SAHAJA, TETAPI IANYA TURUT MELIBATKAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN SECARA KOMPREHENSIF. SISTEM PERTAHANAN BERTEKNOLOGI TINGGI SAHAJA TIDAK AKAN LENGKAP TANPA PEMBANGUNAN PENGENDALINYA. OLEH YANG DEMIKIAN, PEMBANGUNAN DALAM ASPEK PEMIKIRAN, PENGETAHUAN, KEMAHIRAN, KEPIMPINAN, EMOSI DAN SPIRITUAL SANGAT PENTING UNTUK MEMUPUK JATI DIRI DAN SEMANGAT DAYA JUANG YANG TINGGI DI KALANGAN WARGA ANGKATAN TENTERA MALAYSIA. SEHUBUNGAN ITU, PROGRAM-PROGRAM KHAS TELAH DILAKSANAKAN BAGI MENJANA TRANSFORMASI MINDA SERTA MEMUPUK KEMAHIRAN PELBAGAI ATAU MULTI-SKILLING KE ARAH MELAHIRKAN MODAL INSAN YANG PROFESIONAL, VERSATIL, KOMPETEN DAN KOMPETITIF. SEBAGAI SEBUAH ORGANISASI YANG SENTIASA PRIHATIN TERHADAP ASPEK KEBAJIKAN DAN KUALITI HIDUP WARGANYA DAN KELUARGA MEREKA, ANGKATAN TENTERA MALAYSIA TIDAK BERKECUALI MENGUSAHAKAN PELBAGAI PROJEK YANG BERKAITAN DENGANNYA. ANTARA INISIATIF TERKINI ADALAH PEMBINAAN HOSPITAL ANGKATAN TENTERA TERBESAR LAGI CANGGIH YANG BARU DISEMPURNAKAN PERASMIANNYA OLEH SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG DENGAN NAMA HOSPITAL ANGKATAN TENTERA TUANKU MIZAN. SELAIN ITU, USAHA-USAHA MEMBAIK PULIH KEM-KEM TENTERA YANG TELAH USANG DI SELURUH NEGARA DIBERI PENGSWASTAAN DI SAMPING MENYIAPKAN PROJEK PEMBINAAN RUMAH KELUARGA. LANGKAH SIGNIFIKAN INI DILIHAT AKAN DAPAT MENINGKATKAN IMEJ, MORAL DAN KUALITI HIDUP ANGGOTA TENTERA KERANA MEREKA AKAN DAPAT BERTUGAS DAN TINGGAL DI TEMPAT YANG LEBIH SELESA DENGAN PELBAGAI KELENGKAPAN MODEN. TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN SEKALIAN, PRESTASI ANGKATAN TENTERA MALAYSIA JUGA TIDAK TERKECUALI DIUKUR MENERUSI INSTRUMEN PETUNJUK PRESTASI UTAMA ATAU KEY PERFORMANCE INDICATORS, MANAKALA PENTADBIRANNYA DIURUS OLEH SATU SISTEM PENGURUSAN STRATEGIK YANG DINAMIK DAN RELEVAN IAITU BALANCED SCORECARD. PENGAPLIKASIAN PETUNJUK PRESTASI UTAMA DAN BALANCED SCORECARD INI DI PERINGKAT MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA, MARKAS-MARKAS PERKHIDMATAN DAN MARKAS ANGKATAN BERSAMA ADALAH SATU USAHA BERSEPADU BAGI MEMASTIKAN MEREKA BERGERAK DALAM SATU FREKUENSI YANG SAMA DARI SEGI PENGURUSAN STRATEGIK ORGANISASI. KE ARAH MENJAYAKAN MATLAMAT INI, INGIN SAYA MENYERU SELURUH WARGA ANGKATAN TENTERA MALAYSIA AGAR SENTIASA BEKERJASAMA DENGAN SEMUA PIHAK BAGI MENCAPAI DEFENCE OUTPUT YANG DITETAPKAN. SAYA PERCAYA BAHAWA LANGKAH BIJAK INI BUKAN SAHAJA AKAN DAPAT MELAHIRKAN SOKONGAN DAN KERJASAMA JITU DARIPADA KOMPONEN AWAM DARI KEMENTERIAN PERTAHANAN, BAHKAN JUGA DARI KEMENTERIAN-KEMENTERIAN YANG LAIN. DALAM KONTEKS YANG SAMA, SEIRING DENGAN SASARANNYA MENINGKATKAN PENGURUSAN ORGANISASI, ANGKATAN TENTERA MALAYSIA TELAH TURUT MENJALANI AUDIT SISTEM STAR RATING PADA TAHUN 2008. SAYA BERSYUKUR KERANA HASILNYA, ANGKATAN TENTERA MALAYSIA TELAH DIISYTIHARKAN BERADA DI TAHAP CEMERLANG DENGAN PENGIKTIRAFAN 5 BINTANG. PENCAPAIAN INI SECARA JELAS MEMBUKTIKAN BAHAWA ANGKATAN TENTERA MALAYSIA TELAH MAJU SETAPAK LAGI KE HADAPAN DALAM MENYOKONG DASAR-DASAR PELAKSANAAN KUALITI DAN PENGURUSAN SEPERTIMANA YANG DISARANKAN OLEH KERAJAAN. KEJAYAAN INI DIHARAP AKAN MENYEMARAKKAN TEKAD WARGA ANGKATAN TENTERA MALAYSIA DALAM MENGHADAPI CABARAN YANG LEBIH BESAR IAITU ASPEK MEMPERTINGKATKAN KUALITI KERJA. SEMENTARA ITU, KITA HARUS AKUR SECARA DASARNYA BAHAWA TANGGUNGJAWAB MEMPERTAHANKAN KEMERDEKAAN DAN KEDAULATAN MALAYSIA TERLETAK DI ATAS BAHU SELURUH WARGANYA. JUSTERU, SUKA SAYA MENYERU GENERASI MUDA KITA TANPA MENGIRA BANGSA MAHUPUN AGAMA UNTUK IKUT SERTA MENYERTAI PERKHIDMATAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA. PIHAK KERAJAAN, KHUSUSNYA KEMENTERIAN PERTAHANAN DAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA TELAH MENYEDIAKAN PELBAGAI INSENTIF YANG MENARIK BAGI WARGA ANGKATAN TENTERA MALAYSIA UNTUK MENINGKATKAN POTENSI DIRI SEBAGAI TENAGA KERJA PROFESIONAL YANG MAHIR DI SAMPING TURUT MEMBERI TUMPUAN TERHADAP ASPEK-ASPEK KEBAJIKAN, KUALITI HIDUP DAN KEPERLUAN ASAS MEREKA. PELUANG UNTUK MERANTAU DAN MELIHAT DUNIA LUAR AMAT LUAS. KEPADA MEREKA YANG BENAR-BENAR BERMINAT, SAYA MENYERU AGAR TAMPIL KE HADAPAN DAN SETERUSNYA MENEROKAI DUNIA UNIK KETENTERAAN DI SAMPING MENIKMATI SEGALA KEMUDAHAN DAN FAEDAH YANG DISEDIAKAN. SKIM PERKHIDMATAN YANG LEBIH MENARIK BUKAN SAHAJA DIKHASKAN KEPADA WARGA ANGKATAN TENTERA MALAYSIA YANG SEDANG BERKHIDMAT, MALAHAN UNTUK ANGGOTA YANG TELAH MENAMATKAN PERKHIDMATAN. KEPERIHATINAN INI DIMANIFESTASI MELALUI PELBAGAI BENTUK SKIM BANTUAN YANG DIURUSKAN OLEH JABATAN HAL EHWAL VETERAN DAN PERSATUAN BEKAS TENTERA MALAYSIA YANG SENTIASA MEMBERI PERHATIAN TERHADAP KEBAJIKAN PESARA-PESARA DAN BEKAS-BEKAS TENTERA DI SELURUH NEGARA. SAYA BERPUAS HATI KERANA KINI, BAKAL PESARA DIBERI SKOP PILIHAN KURSUS PERALIHAN YANG LEBIH LUAS SEBELUM MEREKA MELANGKAH KE ALAM PERSARAAN. SECARA TIDAK LANGSUNG, INI MEMPERLIHATKAN BAHAWA ANGKATAN TENTERA MALAYSIA ADALAH PENYUMBANG KEPADA AGENSI-AGENSI KERAJAAN YANG LAIN DAN SWASTA MELALUI KHIDMAT DAN KEMAHIRAN YANG DIMILIKI OLEH PESARA TENTERA. DALAM PADA ITU, PERANAN DAN SUMBANGAN BADAN KEBAJIKAN KELUARGA ANGKATAN TENTERA ATAU BAKAT YANG DIANGGOTAI OLEH ISTERI-ISTERI ANGGOTA TENTERA JUGA TIDAK KURANG PENTINGNYA. PERANAN PARA ISTERI SEBAGAI PENYUNTIK SEMANGAT DI SISI SUAMI SERTA SELAKU PENGURUS RUMAHTANGGA TIDAK DINAFIKAN KERANA KEBAHAGIAAN KELUARGA BERMULA DARI RUMAH. PUJIAN WAJAR DIBERI KEPADA BAKAT ATAS KOMITMEN BERTERUSAN TERHADAP MENGURUSKAN KEBAJIKAN ANGGOTA TENTERA DAN KELUARGA MEREKA. SUMBANGAN MURNI INI TERBUKTI BERDASARKAN PROGRAM-PROGRAM KEBAJIKAN YANG DISASARKAN KEPADA ANGGOTA DAN AHLI KELUARGA MELALUI PELBAGAI BENTUK SUMBANGAN MATERIAL DAN MORAL, KEMUDAHAN PERUBATAN DAN PERALATAN KEPADA MEREKA YANG MEMERLUKANNYA. DI SAMPING ITU, KOMITMEN DAN KEPERIHATINAN PERWIRA NIAGA MALAYSIA ATAU PERNAMA UNTUK MERINGANKAN KOS SARA HIDUP WARGA ANGKATAN TENTERA MALAYSIA DENGAN KENAIKAN HARGA BARANGAN DEWASA INI AMAT DIALU-ALUKAN. PERNAMA TELAH MENYEDIAKAN PELBAGAI SKIM ISTIMEWA UNTUK MEMUDAHKAN WARGA ANGKATAN TENTERA MALAYSIA BAGI MENDAPATKAN PELBAGAI BARANGAN BERKUALITI. SAYA BERASA GEMBIRA KERANA INISIATIF MURNI INI TELAH MENAMBAHKAN KESELESAAN HIDUP WARGA ANGKATAN TENTERA MALAYSIA DAN KELUARGA MEREKA LEBIH-LEBIH LAGI DALAM KEADAAN KESURAMAN EKONOMI YANG KITA HADAPI. TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN SEKALIAN, SEMPENA DENGAN SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA INI, MARILAH KITA SAMA-SAMA MENDOAKAN AGAR ROH MEREKA YANG TELAH TERKORBAN SEMASA MELAKSANAKAN TUGAS DICUCURI RAHMAT DAN DIBERI BALASAN YANG SETIMPAL OLEH TUHAN YANG MAHA ESA. SAYA TURUT MENDOAKAN AGAR PARA BALU, ANGGOTA YANG TERCEDERA DAN HILANG UPAYA SERTA KELUARGA MEREKA DIKURNIAKAN KESABARAN DAN KETABAHAN DALAM MENGHARUNGI CABARAN HIDUP. SUKA SAYA MEMBERI JAMINAN BAHAWA SEGALA PENGORBANAN DAN KHIDMAT BAKTI YANG TELAH MEREKA CURAHKAN SENTIASA MENDAPAT PENGHARGAAN TERTINGGI DARIPADA NEGARA, ANGKATAN TENTERA MALAYSIA DAN RAKYAT JELATA. KEPADA WARGA ANGKATAN TENTERA MALAYSIA YANG SEDANG BERTUGAS MENJAGA KEAMANAN SAMA ADA DI PERBATASAN, SAMUDERA, ANGKASA RAYA ATAU DI MANA SAHAJA MEREKA BERADA, MARILAH KITA SAMA-SAMA MENDOAKAN AGAR MEREKA SENTIASA DILINDUNGI DAN DIJAUHI DARIPADA SEGALA MALAPETAKA DAN BAHAYA. HARAPAN SAYA, MEREKA AKAN TERUS TABAH KETIKA MELAKSANAKAN TUGAS SERTA SENTIASA MEMBERI KHIDMAT YANG TERBAIK BAGI MEMASTIKAN KESELAMATAN DAN KEDAULATAN NEGARA SENTIASA BERADA DI TAHAP YANG TINGGI. DI KESEMPATAN INI JUGA, IZINKAN SAYA UNTUK MEWAKILI SEMUA LAPISAN WARGA ANGKATAN TENTERA MALAYSIA UNTUK MELAFAZKAN IKRAR TAAT SETIA YANG TIDAK BERBELAH-BAGI KEPADA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG SELAKU PEMERINTAH TERTINGGI ANGKATAN TENTERA MALAYSIA. SESUNGGUHNYA, WARGA ANGKATAN TENTERA MALAYSIA BERJANJI AKAN SENTIASA MENJUNJUNG TITAH PERINTAH SERI PADUKA BAGINDA TUANKU DENGAN PENUH KEJUJURAN DAN KEIKHLASAN DEMI MENJAGA DAN MEMPERTAHANKAN KEDAULATAN, KESEJAHTERAAN DAN KEPENTINGAN NEGARA. PADA KESEMPATAN INI JUGA, IZINKAN SAYA MERAKAMKAN UCAPAN SETINGGI-TINGGI TERIMA KASIH DAN PENGHARGAAN KEPADA KERAJAAN MALAYSIA, KHUSUSNYA KEPADA YANG AMAT BERHORMAT PERDANA MENTERI MALAYSIA DAN YANG BERHORMAT MENTERI PERTAHANAN ATAS KEPERCAYAAN SERTA SOKONGAN PADU YANG TELAH DIBERIKAN KEPADA ANGKATAN TENTERA MALAYSIA SELAMA INI. PENGHARGAAN YANG SAMA TURUT DITUJUKAN KEPADA KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN PERTAHANAN, SEMUA KEMENTERIAN KERAJAAN DAN KERAJAAN NEGERI, POLIS DIRAJA MALAYSIA, MEDIA MASSA, SERTA SEMUA PIHAK YANG BERKENAAN ATAS SOKONGAN DAN KERJASAMA ERAT YANG TELAH DIBERIKAN. SEHUBUNGAN ITU, ADALAH MENJADI HARAPAN SAYA AGAR KERJASAMA YANG SEDIA TERJALIN AKAN TERUS BERKEMBANG SUBUR DI MASA HADAPAN DEMI BERSAMA-SAMA MENYUMBANG KE ARAH MEMENUHI ASPIRASI NASIONAL DI BAWAH GAGASAN 1MALAYSIA. 擲ENTIASA BERSEPADU? SEKIAN, SAYA SUDAHI DENGAN WABILLAHITAUFIK WALHIDAYAH WASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.
Khamis, Oktober 15, 2009
Selasa, Oktober 06, 2009
Tentera mendukung aspirasi rakyat
Oleh AMIR SARIFUDIN
TAHAP disiplin yang tinggi dimiliki pasukan tentera negara ini menjadikan mereka pemegang 'amanah' bagi menentukan masa depan negara.
Dengan disiplin itu juga, kesetiaan warga tentera kepada negara dan pemerintah tidak pernah luntur atau berbelah bahagi.
Sikap setia dimiliki tentera menjadikan kedaulatan yang dipupuk sejak puluhan tahun lalu sentiasa teguh walaupun generasi warga tentera silih berganti sama ada bersara, terkorban dan sebagainya.
Sejarah Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memperlihatkan jasa demi jasa terus disumbangkan sama ada di dalam negara mahupun di peringkat antarabangsa.
Penubuhan Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) pada Mac 1933 yang bermula di Port Dickson yang kini diisytiharkan sebagai Bandar Tentera Darat cukup sinonim dengan sumbangan dan peranan warga tentera sendiri.
Semuanya dapat dilihat bahawa peranan warga tentera itu bermula di Port Dickson.
Sama ada ia melibatkan perjuangan menentang pendudukan tentera Jepun, melawan pengganas komunis dan banyak lagi, semuanya ada kaitan depan Bandar Tentera Darat.
Ekoran itu, perjuangan dan pengorbanan anggota tentera dilihat terus berkembang dengan kewujudan kem-kem dan pusat latihan tentera di seluruh pelosok negara hinggalah ke Sabah dan Sarawak setelah bermula di Port Dickson
Bermula dari situlah, peranan tentera bukan sahaja melibatkan penjagaan keamanan dan keselamatan negara, malah menjangkau lebih luas membabitkan isu kemanusiaan.
Selalunya orang sering mengaitkan tentera dengan peperangan.
Namun bagi ATM, ia adalah sebuah pasukan yang sentiasa menitikberatkan kedaulatan dan keamanan sejagat.
Ini dapat dilihat berikutan pelbagai peranan yang dimainkan oleh warga tentera dalam menghulurkan bantuan kemanusiaan.
Terbaru, ATM melalui cabangnya telah mengadakan penerbangan ihsan membawa pulang rakyat Malaysia melibatkan pelajar universiti yang terperangkap di Padang, Sumatera ekoran gempa bumi di sana.
Keadaan ini menyaksikan bahawa walaupun ada rakyat Malaysia tinggal di luar negara, namun nasib mereka sentiasa dibela oleh tentera Malaysia yang mendukung aspirasi kerajaan pemerintah.
Tindakan pantas ATM menghantar pesawat tentera dilihat sebagai satu langkah tepat sesuai dengan kesiapsiagaan diamalkannya.
Menghantar pesawat untuk penerbangan ihsan termasuk bantuan ubat-ubatan bukanlah satu perkara baru. Sebaliknya ia telah diamalkan sejak dulu lagi termasuk ketika tsunami di Banda Aceh, Indonesia.
Banyak lagi sumbangan kemanusiaan daripada warga tentera termasuklah ketika tragedi tanah runtuh dan bangunan runtuh di Bukit Antarabangsa serta Highland Towers.
Tragedi-tragedi yang menimpa rakyat Malaysia itu memperlihatkan tentera menggerakkan segala aset dimiliki termasuk modal insan, kepakaran, jentera berat dan sebagainya.
Begitu juga apabila berlaku sesuatu peristiwa seperti menularnya virus nipah yang dibawa oleh babi satu ketika dulu, anggota-anggota tentera sanggup mengorbankan keselamatan diri bagi memusnahkan haiwan terbabit walaupun mengetahui risikonya amat besar.
Pengorbanan warga tentera ini tidak terhad kepada masyarakat negara ini, malah di negara-negara luar seperti Somalia, Lebanon, Mindanao dan banyak lagi.
Langkah ATM meletakkan anggota-anggotanya di persada dunia memperlihatkan tentera Malaysia prihatin terhadap keamanan sejagat.
Selain menjaga keamanan, tentera Malaysia turut menghulurkan sumbangan sedaya mampu termasuk dari segi perubatan.
Kerana sumbangan besar mereka ini, kerajaan tidak pernah meminggirkan nasib warga tentera, keluarga mereka mahupun anggota yang telah bersara.
Kebajikan mereka ini sentiasa dijaga kerana tentera dianggap tonggak keamanan, keselamatan dan kedaulatan negara.

Langgan:
Catatan (Atom)