SALWANA Arsad (kiri), Nor Hashimah Muhammad (kanan) dan Mohammad Zulkhairy Chin bersama piala masing-masing selepas Tamat Latihan Pegawai Graduan Kolej Tentera Darat Siri 25/2009 di Kem Perdana, Sungai Besi, kelmarin
KUALA LUMPUR 22 Nov. – Warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) diminta menjadikan kekentalan perjuangan perwira terdahulu sebagai sumber inspirasi bagi mengekalkan keamanan negara.
Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Zulkifeli Mohd. Zin menegaskan, dengan semangat sebegitu, ketumbukan itu akan lebih versatil dan dihormati.
“Keamanan negara yang dikecapi kini merupakan hasil pengorbanan dan semangat perjuangan perwira terdahulu, justeru warga ATM yang menjunjung ikrar kesatria harus sedia berkorban demi kebaikan organisasi,’' katanya.
Beliau menyatakan demikian ketika berucap sempena Perbarisan Tamat Latihan Pegawai Graduan Kolej Tentera Darat Siri 25/2009 di sini semalam.
Sementara itu, penuntut Terbaik Keseluruhan, Kapten Salwana Arsad, 26, berkata, beliau memilih menyertai bidang ketenteraan kerana teruja dengan persenjataan.
“Walaupun perkhidmatan saya dalam Tentera Darat adalah secara kontrak selama 10 tahun, saya merancang menyambungnya jika ada rezeki,’' katanya yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dan Perniagaan Antarabangsa dari Universiti Malaysia Sarawak.
Penuntut Terbaik Kemahiran Ketenteraan kursus itu pula, Kapten Mohammad Zulkhairy Chin, 25, pula berharap agar perkhidmatannya dalam Tentera Darat dapat memberi manfaat kepada kesejahteraan agama, bangsa dan negara.
“Saya bersyukur apa yang diusahakan selama ini membuahkan hasil apabila saya diterima masuk ke Batalion Ke-9 Rejimen Renjer Diraja,’' ujarnya.
Sementara itu, Penuntut Terbaik Pengajian Ketenteraan, Kapten Nor Hashimah Muhammad, 26, turut terharu dengan anugerah itu.
“Walaupun ayah saya seorang pegawai tentera, beliau pada mulanya tidak mahu saya memasuki bidang ini tetapi selepas saya menunjukkan kesungguhan, beliau akur,” katanya.
Bapanya, Leftenan Kolonel Muhammad Abd. Rahman yang hadir pada acara itu sekadar tersenyum mendengar jawapan Nor Hashimah.

1 ulasan:
tabik r kat ko kptn scot.
Catat Ulasan