Selasa, Julai 13, 2010

PESANAN UNTUK SENIOR


ALHAMDULILLAH......Semester ini Palapes UKM akan menerima keanggotaan yang baru untuk kemasukan ke 32. Tahniah kepada anggota yang telah di tauliahkan dan yang masih kekal dalam PALAPES UKM untuk meneruskan peringkat anda dan seterusnya ditauliahkan. Sudah tentu bagi yang Senior mahukan Junior hormat dengan mereka.. Apa tindakan yang sepatutnya anda lakukan? BULI? Oh jangan lakukan sama sekali.. Banyak lagi cara untuk Senior dihormati dan disegani. Kalau setakat panggil junior lapor bilik sehingga pukul 4 5 pagi, itu tidak memberi apa-apa kebaikkan kepada hubungan PALAPES UKM.

Anda sebagai senior dan inter diperingkat awal seboleh-bolehnya membuat perjumpaan ringkas dengan semua Junior baru dan diadakan dengan majlis yang rasmi dan tidak perlulah untuk mengambil masa yang panjang mengajar Junior yang bukan-bukan. Ini cuma cadangan sahaja. Anda boleh menghebahkan beberapa perkara semasa perjumpaan tersebut dengan syarat semua peringkat KADET PALAPES UKM mesti hadir. Siapa yang akan kendalikan majlis tersebut? Sudah tentulah SUO. Perjumpaan ini sebolehnya sebelum bermula latihan dan sebelum MSK(zaman zaya dulu la). Hanya cadangan..ok sekiranya ada cadangan lagi anda boleh memberi pendapat anda.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails