Sambutan Hari Pahlawan saban tahun pada 31 Julai adalah untuk memperingati jasa-jasa dan pengorbanan pasukan keselamatan terdahulu yang mempertahankan kedaulatan negara. Julai dipilih kerana tamatnya darurat menentang pengganas Komunis pada tahun 1960.
Kita sebagai generasi yang kemudian ini seharusnya menghargai segala pengorbanan yang telah dilakukan oleh pahlawan yang terdahulu. Walaupun kita kini menyertai sebahagian dari Pasukan Keselamatan dan dengan megah menjunjung kalimah Allah dan Muhammad di kepala, adakah kita merasakan diri kita kini sebagai Pahlawan. Kamus Dewan menterjemahkan ‘pahlawan’ adalah orang yang gagah dan berani, pejuang yang gagah, perwira yang ditakuti. Manakala Hari Pahlawan didefinasikan sebagai hari memperingati pahlawan yang terkorban.
Oleh yang demikian, semangat pahlawan seharusnya kita sebagai PALAPES UKM atau pun Askar Wataniah sentiasa semat di dalam jiwa dan raga kita. Jangan sesekali menggadaikan maruah negara kearah kehancurah.
SELAMAT HARI PAHLAWAN DARI PALAPES UKM...Lawatilah entri ini untuk maklumat lanjut... http://www.pbtm.org.my/index.php/organisasipbtm1/haripahlawan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan