Jumaat, September 07, 2012

TAWARAN KEMASUKAN PUTERA BARU KE MTD BAGI TINGKATAN 4 SESI PENGAJIAN 2013


PERBARISAN BULANAN KOMANDAN MTD (APRIL 2012)

TAWARAN KEMASUKAN PUTERA BARU KE MTD BAGI 
TINGKATAN 4 SESI PENGAJIAN 2013
1. Tawaran ini terbuka kepada pelajar lelaki Tingkatan Tiga Tahun 2012.

2. Syarat-syarat kemasukan adalah seperti berikut:
a. Warganegara Malaysia.
b. Jantina – Lelaki.
c. Tinggi Minimum -  152 sm.
d. Berat Minimum -  40.5 kg.
e. Body Mass Index (BMI) – 18 hingga 27.
f. Penglihatan – Baik dan tidak rabun warna. Jika berkaca 
mata hendaklah tidak melebihi 6/12.

h. Sihat tubuh badan dan tidak berpenyakit yang boleh 
memudaratkan diri jika melakukan aktiviti lasak.

i. Terbuka kepada pelajar yang cemerlang di dalam 
peperiksaan percubaan PMR mendapat 4A 2B dan 
berpotensi lulus cemerlang dalam Peperiksaan PMR 
sebenar Tahun 2012. Keutamaan diberi kepada calon 
yang aktif dalam sukan, kelab, persatuan dan unit 
beruniform. Sila bawa bersama sijil yang disahkan
sebagai pengesahan.

j. Pelajar perlu mengisi borang permohonan kemasukan 
BAT B 115 Pin 3/03 Maktab Tentera Diraja dan 
menduduki Ujian Khas MTD (UKMTD) sebagai prasyarat 
kemasukan ke tingkatan 4 di Maktab Tentera Diraja.

k. Pelajar yang mendapat keputusan markah yang 
cemerlang dalam Ujian Khas MTD (UKMTD) akan 
dipanggil untuk menghadiri Sesi Temuduga MTD.

l. Pelajar yang berjaya dalam temuduga tersebut
akan ditawarkan pengajian bagi tingkatan 4 di MTD
tahun 2013 dengan syarat keputusan PMR sebenar
calon mestilah sekurang-kurangnya 6A 2B (A dalam
mata pelajaran Bahasa Malaysia,Bahasa Inggerís,
Matematik dan Sains).

SEMINAR MATEMATIK

CARA MEMOHON
1. Pemohon boleh mendapatkan borang permohonan kemasukan (BAT B 115 (Pin 3/03) di
laman Web MTD iaitu www.rmc.edu.my secara percuma atau datang sendiri ke alamat seperti
di bawah.
2. Bagi pemohon yang memohon Borang Permohonan melalui pos, sila sertakan sampul
surat tebal berukuran 25 sm x 36 sm beralamat sendiri dan bersetem RM 1.00 kepada alamat
seperti berikut:
Sel Pemilihan
Pejabat Pegawai Pendidikan Kanan
Maktab Tentera Diraja
Kem Sungai Besi
57000 KULALA LUMPUR

3. Borang Permohonan BAT B 115 (Pin 3/03) yang telah diisi hendaklah dikembalikan ke
alamat di atas selewat-lewatnya pada 28 Sep 2012. Borang Permohonan yang lewat diterima
dari tarikh yang ditetapkan tidak akan dilayan.
4. Pemohon akan dimaklumkan oleh Sel Pemilihan MTD mengenai tarikh dan tempat Ujian
Khas MTD (UKMTD dijalankan selepas tapisan permohonan dibuat.
5. Sekiranya tiada jawapan diterima sehingga  30 Jan 2013, permohonan dianggap tidak
berjaya.
6. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Sel Pemilihan MTD melalui talian telefon di nombor
03-90867470/7471.

KLIK UNTUK BORANG PERMOHONAN

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails