Khamis, Julai 11, 2013

 

SEKALUNG TAHNIAH KEPADA PEGAWAI KADET BARU BATCH-32
Sepanjang tiga tahun tuan puan melalui pahit getir sebagai pegawai kadet akhirnya berbalas dengan segulung watikah perlantikan sebagai Pegawai Muda dengan pangkat Lt. Muda darat, udara, dan laut.

Ingin saya bawa sedikit pencerahan kepada pegawai baru mahupun lama bahawa kerajaan telah membelanjakan jutaan ringgit untuk melahirkan seseorang Pegawai Muda Wataniah.  Sehubungan dengan itu, harus di ketahui juga penilaian tahun demi tahun setelah tauliah pegawai, kemanakah hilangnya pegawai-pegawai ini. Hanya segelintir sahaja yang masih menunjukkan minat dalam pasukan, manakala yang lain menunggu tamat tempoh 5 tahun perkhidmatan dan membiarkan sahaja keanggotaan itu tamat.

Kenapa hal ini boleh berlaku? Apa alasan anda untuk mensia-siakan peluang yang telah diberikan? Tauliah bukan sebagai penamat kepada perjuangan dalan keanggotaan simpanan. Tauliah adalah permulaan kepada sumbangan anda dan meningkatkan lagi tahap ilmu ketenteraan.

Saya juga baru tersedar akan hal ini setelah di ajukan soalan yang sama dari Pegawai Wataniah.
 

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails