Rabu, September 02, 2009

PANGLIMA ATM BERSARA

Panglima Azam Tingkat Keselamatan Negara
KUALA LUMPUR, 1 Sept (Bernama) -- Panglima Tentera Udara Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin yang menyandang jawatan Panglima Angkatan Tentera Malaysia (PATM) yang ke-17 pada Selasa, berazam untuk meneruskan kesinambungan rancangan yang diasaskan pemimpin Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terdahulu dalam meningkatkan tahap keselamatan negara.
"Perkara yang penting adalah berkenaan pembangunan meningkatkan kredibiliti ATM selain memperbaiki tahap keselamatan negara ke tahap yang terbaik, sehingga rakyat berasa dilindungi dengan baik dan dapat hidup aman di negara ini," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas upacara penyerahan tugas antara beliau dan bekas PATM Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Zainal, di Kementerian Pertahanan di sini.
Azizan, 56, yang dilahirkan di Yan, Kedah pada 25 Okt 1952 menyertai perkhidmatan ATM pada 16 April 1971 dan memegang jawatan Panglima Angkatan Udara sejak 30 Okt 2006.
Azizan berkata penerusan usaha ke arah peningkatan keupayaan ATM dalam segenap aspek memerlukan komitmen yang konsisten serta bergerak dalam perkhidmatan sedia ada yang diterima pakai oleh ketiga-tiga cabang perkhidmatan darat, laut dan udara.
"Saya akan cuba sedaya upaya memegang amanah ini sebaik mungkin untuk mengendalikan ATM sepertimana menjadi aspirasi pucuk pimpinan negara. Saya akan mengendalikan tugas baru ini dengan begitu profesional untuk menentukan keselamatan negara dan kehormatan terus diperlihara," katanya.
Beliau berkata beliau akan menyampaikan amanat sulung kepada anggota ATM dalam satu upacara khas tidak lama lagi.
Mengenai lantikan beliau yang turut mencatat sejarah apabila buat pertama kali Panglima Tentera Udara dilantik menjadi PATM, Azizan menyifatkan perkara itu sebagai penghormatan kepada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
"Lantikan ini tidak disangka dan tidak dirancang, ia jadi sejarah baru kepada ATM dan TUDM. Ini suatu kebanggaan kepada TUDM yang diberi peluang dan penghormatan," katanya.
Terdahulu, Azizan memeriksa Kawalan Kehormatan Utama oleh seramai 108 anggota termasuk tiga pegawai yang diketuai Mejar Ahmad Muzaimi Mohd Ali.
Majlis perpisahan kepada Abdul Aziz yang memegang jawatan PATM sejak 17 Jan 2007 turut diadakan.
Abdul Aziz yang telah berkhidmat selama 40 tahun dalam perkhidmatan ATM berkata beliau akan menghabiskan baki cutinya selama 61 hari dan akan mengikuti kursus peralihan wajib sebelum bersara sepenuhnya pada 31 Jan 2010.
-- BERNAMA

Isnin, Ogos 10, 2009

AMBILAN TERBARU, UNTUK DARAT (KAGAT SHJ) KLIK UNTUK LIHAT SYARAT







Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk berkhidmat sebagai Pegawai dalam Perkhidmatan dalam Tentera Darat Malaysia (TDM) bagi Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

SYARAT KELAYAKAN

1. Umur (Pada 1 Dec 2009):
a. Calon Graduan Senarai Tugas Am : Tidak melebihi 27 tahun.
b. Calon Graduan Senarai Tugas Ikhtisas : Tidak melebihi 30 tahun.

2. Fizikal:
a. Tinggi minimum: 1.57m (Lelaki)/ 1.47m (Wanita).
b. Berat minimum: 47.5 kg (Lelaki)/ 40.5 kg (Wanita).
c. Ukuran dada minimum (Lelaki sahaja): 76sm.
d. Body Mass Index (BMI) 17.9 hingga 26.9.

3. Jantina:
a. Lelaki. Untuk semua jawatan dalam Senarai Tugas Am dan Senarai Tugas Ikhtisas.
b. Wanita. Untuk jawatan Senarai Tugas Am dan Senarai Tugas Ikhtisas.

(1) Calon-calon Senarai Tugas Am terhad kepada yang berkelayakan di bawah:
- Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang.
- Diploma Sains Komputer.
- Diploma Kejuteraan Elektrikal/Elektronik.
- Diploma Pengurusan Teknologi Maklumat.
- Diploma Pengurusan Sumber Manusia.

(2) Calon-calon Senarai Tugas Ikhtisas terhad kepada yang berkelayakan Ijazah Sarjana
Muda (Kepujian) Pengajian Islam/Syariah/Usuluddin sahaja.

4. Taraf Kesihatan:
Bagi mereka yang berkaca mata, keupayaan maksimum penglihatan tanpa kaca mata ialah 6/12. Calon-calon mesti lulus pemeriksaan kesihatan yang dijalankan oleh Pegawai Perubatan ATM iaitu memenuhi taraf Darjah Kerja TATADEMOT (DKT) : ¡¯Forwar Everywhere¡ (FE).

5. Kelayakan Akademik:

a. Syarat Am : Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) atau Diploma yang diiktiraf oleh Kerajaan dalam
jurusan yang berkaitan. Calon-calon juga perlu lulus SPM /SPMV atau kelayakan setaraf
dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk
lulus Ujian Lisan), Matematik dan Bahasa Inggeris.

b. Jurusan yang diperlukan (TLDM dan TUDM sahaja) :
(1) Senarai Tugas Am.
(a) Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam bidang-bidang berikut:
- Sains Komputer
- Kejuteraan Elektrikal
- Kejuteraan Elektronik
- Pengurusan Teknologi Maklumat
- Pengurusan Sumber Manusia
- Kejuteraan Kimia
- Pengurusan Teknologi Maklumat
- Pengurusan Logistik
- Perakauanan
- Kejuruteraan Awam
- Kejuruteraan Mekanikal
- Perhubungan Awam/Multimedia
- Pengurusan Perkhidmatan Makanan/Hotel
- Undang-Undang
- Senibina
- Senibina Kapal
- Kejuteraan Merin

(b) Diploma dalam bidang-bidang berikut:
- Sains Komputer
- Kejuteraan Elektrikal
- Kejuteraan Elektronik
- Pengurusan Teknologi Maklumat
- Pengurusan Sumber Manusia

(2) Tugas Ikhtisas/Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT). Ijazah Sarjana Muda
(Kepujian) dalam bidang - Pengajian Islam/Syariah/Usuluddin.

6. Pengesahan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) : Calon-calon yang memiliki Ijazah atau Diploma dari Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan dan luar negara perlu mendapatkan salinan pengesahan pengiktirafan dari JPA melalui Laman Web JPA - www.jpa.gov.my
GAJI DAN ELAUN

7. Gaji.
Gaji akan mengikut skim gaji SSM yang masih berkuatkuasa bagi perkhidmatan ATM.

8. Faedah ¨ faedah Perkhidmatan. Faedah ¨ faedah perkhidmatan yang disediakan oleh ATM ialah seperti berikut:
? Imbuhan Tetap Perumahan ¨ RM 420.00 hingga RM 450.00 sebulan (sekiranya tidak diperuntukkan rumah keluarga)
? Tuntutan Pakaian Istiadat ¨ RM 1,500.00 (3 tahun sekali).
? Elaun Senggaraan Pakaian Seragam ¨ RM 500.00 (setahun sekali)
? Imbuhan Tetap Khidmat Tentera ¨CRM 170.00 hingga RM 300.00 sebulan
? Tuntutan Perjalanan Ke Tempat Kerja ¨ RM 200.00 maksimun sebulan (sekiranya tidak
diperuntukkan kenderaan ke tempat kerja)
? Bayaran Insentif Semenanjung (bagi yang lahir di Sabah dan Sarawak sahaja)
? Bayaran Insentif Sabah dan Sarawak (berkhidmat di Sabah dan Sarawak)
? Rawatan / Perubatan Percuma (termasuk ibubapa)
? Elaun Bantuan Sara Hidup (COLA)

SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN

9. Calon-calon yang terpilih akan ditauliahkan sebagai Pegawai mengikut perkhidmatan masing-masing. Perlantikan dan pentauliahan adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan ¨ pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

CARA PERMOHONAN

10. Permohonan boleh dibuat dengan malayari terus melalui laman web:

http://www.jobsmalaysia.gov.my/.

atau




Permohonan boleh dibuat adalah dengan menghantar salinan dokumen-dokumen seperti berikut:
a. Salinan Ijazah/Diploma.
b. Salinan Sijil SPM atau setaraf.
c. Salinan Transkrip Akademik.
d. Salinan Kad Pengenalan.
e. Salinan Sijil Kokurikulum. (tertinggi sahaja).
f. Salinan Pengesahan Pengikhtirafan JPA (sekiranya berkaitan).
g. Profil Peribadi/Resume Termasuk Nombor Talipon Terkini.
h. Sampul Surat Berukuran 20sm x 28sm, Bersetem RM 1 dan Beralamat Sendiri.
(Sila catatkan di sebelah kiri sampul surat pilihan anda sama ada Tentera Darat
Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia atau Tentera Udara Diraja Malaysia).
i. Sila bawa dokumen-dokumen asal semasa melapur di pusat pemilihan yang akan
dimaklumkan kemudian.

11. Permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada:
Markas Angkatan Tentera Malaysia
Bahagian Perkhidmatan Anggota
Cawangan Tenaga Kerja
Kementerian Pertahanan
Jalan Padang Tembak
50634 KUALA LUMPUR
(Untuk Perhatian: Sel C)



atau




Datang sendiri ke Cawangan Tenaga Kerja, Bahagian Perkhidmatan Anggota, Kementerian Pertahanan, Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur dengan membawa dokumen ¨Cokumen seperti di atas.



UNTUK PERTANYAAN :
Talian: 03-20714524, 03-20714526, 03-20712387, 03-20712391
Talian Bebas Tol : 1-800-88-7588
No Faks: 03-26985340 ,0326986235
Email: ctk.mtk@mod.gov.my
Tarikh Tutup Permohonan: 12 OGOS 2009



Maklumat Penting:
Pemohon tidak perlu mengisi sebarang borang permohonan untuk jawatan di atas. Hanya calon-calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk ujian dan temuduga di pusat pemilihan yang ditetapkan. Mereka yang tidak menerima sebarang surat tawaran temuduga dan ujian pemilihan DUA (2) MINGGU dari tarikh tutup permohonan adalah dianggap tidak berjaya.

Isnin, Ogos 03, 2009

PETIKAN DARIPADA WEB ATM

PENGAMBILAN GRADUAN UNTUK BERKHIDMAT SEBAGAI PEGAWAI DALAM PERKHIDMATAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

Tarikh Tutup:

BIASANYA 15/10 SETIAP TAHUN
Syarat-Syarat:

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mempelawa warganegara Malaysia LELAKI yang berkelayakan untuk berkhidmat sebagai Pegawai dalam Perkhidmatan Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
SYARAT KELAYAKAN

1.Umur.(Pada 28 Feb 2009):
Calon Graduan Senarai Tugas Am : Tidak melebihi 27 tahun.
Calon Graduan Senarai Tugas Ikhtisas :?Tidak melebihi 30 tahun.

2. Fizikal.
Tinggi minimum: 1.57m.
Berat minimum: 47.5 kg.
Ukuran dada minimum : 76sm.
Body Mass Index (BMI) 17.9 hingga 26.9.

3.Taraf Kesihatan. Bagi mereka yang berkaca mata, keupayaan maksimum penglihatan tanpa kaca mata ialah 6/12. Calon-calon mesti lulus pemeriksaan kesihatan yang dijalankan oleh Pegawai Perubatan ATM iaitu memenuhi taraf Darjah Kerja TATADEMOT (DKT) : Foward Everywhere?(FE).

4.Kelayakan Akademik.?
Syarat Am. Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) atau Diploma yang diiktiraf oleh Kerajaan dalam jurusan yang berkaitan.
Calon-calon juga perlu lulus SPM /SPMV atau kelayakan setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan), Matematik, Bahasa Inggeris dan Sains (atau lulus mata pelajaran Fizik atau Kimia)
Jurusan yang diperlukan.

1)TDM
(a)Senarai Tugas Am. Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Sains Perpustakaan
(b)Senarai Tugas Ikhtisas.Ijazah Sarjana Muda dengan Pendidikan (Kepujian) dalam jurusan Matematik/Fizik/Kimia/ Biologi/Bahasa Inggeris/TESL Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dan Diploma Pendidikan dalam jurusan Matematik/Fizik/Kimia/ Biologi/Bahasa Inggeris/TESL

(2)TLDM (Senarai Tugas Ikhtisas). Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Kejuruteraan Seni Bina Kapal/Naval Architecture

3)TUDM (Senarai Tugas Am).
a)Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Undang-Undang
b)Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Seni Bina.
c)Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Multimedia.
d)Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Sains Komputer.
e)Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Sains Sukan.
(f)Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Perhubungan Awam.
(g)Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pengurusan Perkhidmatan Makanan/Hotel.
h)Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Kejuruteraan Awam/Elektrik/Elektronik.
(i)Diploma Sains Sukan.
(j)Diploma Sains Komputer.

5.Pengesahan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) : Calon-calon yang memiliki Ijazah atau Diploma dari Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan dan luar negara perlu mendapatkan?salinan pengesahan pengiktirafan dari JPA melalui Laman Web JPA - ?a href="http://www.jpa.gov.my" target="_blank">www.jpa.gov.my
GAJI DAN ELAUN
6.牋牋牋牋 Gaji.牋?Gaji akan mengikut skim gaji SSM yang masih berkuatkuasa bagi perkhidmatan ATM.
7.牋牋牋牋 Faedah ?faedah Perkhidmatan.?Faedah ?faedah perkhidmatan yang disediakan oleh ATM ialah seperti berikut:
Imbuhan Tetap Perumahan ?RM 420.00 hingga RM 450.00 sebulan (sekiranya tidak diperuntukkan rumah keluarga).
Tuntutan Pakaian Istiadat ?RM 1,500.00 (3 tahun sekali).
Elaun Senggaraan Pakaian Seragam ?RM 500.00 (setahun sekali).
Imbuhan Tetap Khidmat Tentera ?RM 170.00 hingga RM 300.00 sebulan.
Tuntutan Perjalanan Ke Tempat Kerja ?RM 200.00 maksimun sebulan (sekiranya tidak diperuntukkan kenderaan ke tempat kerja).
Bayaran Insentif Semenanjung (bagi yang lahir di Sabah dan Sarawak sahaja).
Bayaran Insentif Sabah dan Sarawak (berkhidmat di Sabah dan Sarawak).
Rawatan / Perubatan Percuma (termasuk ibubapa).
Elaun Bantuan Sara Hidup (COLA).
SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN

8.Calon-calon yang terpilih akan ditauliahkan sebagai Pegawai mengikut perkhidmatan masing-masing. Perlantikan dan pentauliahan adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan ?pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

CARA PERMOHONAN
9.Permohonan boleh dibuat dengan menghantar salinan dokumen-dokumen seperti berikut:
a. Ijazah/Diploma.
b.Sijil SPM atau setaraf.
c.Transkrip Akademik.
d.Kad Pengenalan.
e. Sijil Kokurikulum. (tertinggi sahaja).
f.Pengesahan Pengiktirafan JPA (sekiranya berkaitan).
g. Profil Peribadi/Resume Termasuk Nombor Talipon Terkini.
h. Sekeping Sampul Surat Berukuran 20sm x 28sm, Bersetem? RM 1 dan Beralamat Sendiri. (Sila catatkan di sebelah kiri sampul surat pilihan anda sama ada Tentera Darat Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia atau Tentera Udara Diraja Malaysia).
i.Sila bawa dokumen-dokumen asal semasa melapur di pusat pemilihan yang akan dimaklumkan kemudian.

10.Permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada:
Markas Angkatan Tentera Malaysia,Bahagian Perkhidmatan Anggota,Cawangan Tenaga Kerja,Kementerian Pertahanan,(Untuk Perhatian: Sel C),Karung Berkunci No: 11006.50634 KUALA LUMPUR
atau
Datang sendiri ke Cawangan Tenaga Kerja, Bahagian Perkhidmatan Anggota, Kementerian Pertahanan, Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur dengan membawa dokumen Dokumen seperti?di atas.
11.牋牋牋?Untuk sebarang pertanyaan, talian berikut boleh dihubungi:牋牋牋牋牋?牋牋牋牋牋?a.牋牋牋牋 03-20714524, 03-20714526, 03-20712387, 03-20712391 牋牋牋牋牋?b.牋牋牋牋 Talian Bebas Tol : 1-800-88-7588牋牋牋牋牋?c.牋牋牋牋 No Faks:?03-26985340 ,0326986235牋牋牋牋牋?d.牋牋牋牋 Email:?ctk.mtk@mod.gov.my
12.牋牋牋 Maklumat Penting. Para pemohon yang tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan dan jurusan-jurusan seperti yang dinyatakan di atas TIDAK PERLU MEMOHON. Pemohon juga tidak perlu mengisi sebarang borang permohonan untuk jawatan di atas. Hanya calon-calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk ujian dan temuduga di pusat pemilihan yang ditetapkan.?Mereka yang tidak menerima sebarang surat tawaran temuduga dan ujian pemilihan DUA (2) MINGGU dari tarikh tutup permohonan adalah dianggap tidak berjaya.
13.牋牋牋?Tarikh Tutup Permohonan adalah pada15 OKTOBER

Selasa, Julai 28, 2009

TAHNIAH KEPADA BEKAS PALAPES UKM

DI SINI SAYA INGIN MENGUCAPKAN TAHNIAH KEPADA BEBERAPA BEKAS PALAPES UKM YANG BERJAYA UNTUK MENERUSKAN PERJUANGAN MEREKA DENGAN MENYERTAI ANGKATAN TENTERA MALAYSIA. ANGGOTA YANG TERBARU IALAH SKOT@ MOHAMAD ZULKHAIRIEY CHIN, KALAU SALAH EJAAN MAAF LA SKOT. DAN SEORANG LAGI SYAKIRAH@ KE'AH. SEMOGA KEDUA-DUA MEREKA INI DAPAT MENJALANKAN TUGAS MEREKA DENGAN JAYANYA.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails