Ahad, September 02, 2012

PEMILIHAN AWAL PERAJURIT MUDA LELAKI/WANITA TENTERA DARAT SEPTEMBER 2012.




PEMILIHAN INI AKAN BERMULA 10 SEPT 2012 SEHINGGA 16 SEPT 2012 BERMULA DI ZON UTARA DAN BERAKHIR DI ZON MALAYSIA TIMUR(SABAH) UNTUK MAKLUMAT TERPERINCI BOLEH DAPATKAN AKHBAR TEMPATAN AHAD 2 SEPT 2012. PEMILIHAN BERMULA JAM 0800 HINGGA 1700 ISNIN, RABU, JUMAAT DAN AHAD SAHAJA.



SYARAT ASAS PEMILIHAN
1- WARGANEGARA MALAYSIA
 2- UMUR 18 TAHUN DAN TIDAK LEBIH 25 TAHUN PADA 6 JAN 2013.                

Selasa, Julai 31, 2012

Selamat Hari Pahlawan

Sambutan Hari Pahlawan saban tahun pada 31 Julai adalah untuk memperingati jasa-jasa dan pengorbanan pasukan keselamatan terdahulu yang mempertahankan kedaulatan negara. Julai dipilih kerana tamatnya darurat menentang pengganas Komunis pada tahun 1960. 



    Kita sebagai generasi yang kemudian ini seharusnya menghargai segala pengorbanan yang telah dilakukan oleh pahlawan yang terdahulu.  Walaupun kita kini menyertai sebahagian dari Pasukan Keselamatan dan dengan megah menjunjung kalimah Allah dan Muhammad di kepala, adakah kita merasakan diri kita kini sebagai Pahlawan.  Kamus Dewan menterjemahkan ‘pahlawan’ adalah orang yang gagah dan berani, pejuang yang gagah, perwira yang ditakuti. Manakala Hari Pahlawan didefinasikan sebagai hari memperingati pahlawan yang terkorban.

    
    Oleh yang demikian, semangat pahlawan seharusnya kita sebagai PALAPES UKM atau pun Askar Wataniah sentiasa semat di dalam jiwa dan raga kita. Jangan sesekali menggadaikan maruah negara kearah kehancurah. 


    

SELAMAT HARI PAHLAWAN DARI PALAPES UKM...Lawatilah entri ini untuk maklumat lanjut... http://www.pbtm.org.my/index.php/organisasipbtm1/haripahlawan

Sabtu, Julai 21, 2012

TAHNIAH KEPADA PEGAWAI-PEGAWAI BARU KE 31




https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgp5GJZMa9YxJMPaHXc9j2S6FuhzOxD5bX_CVXT0DGhzWq9OdF4EzRYnXOXb9_UTN66RoM3jSBItvqyqgbQFYvsTJFSIXL1UQqiYLbGiirJVXqDKnKNJMEFv4JOtCAkLmeYIH-Asw/s1600/DSC05878.JPG 

Tahniah kepada kadet-kadet PALAPES UKM yang baru ditauliahkan, semoga perjuangan anda dapat terus disemarakkan lagi dalam mempertahankan negara. 





 


 

PEGAWAI KADET TERBAIK 

UNTUK MELIHAT BANYAK LAGI MOMENT MEREKA KLIK SINI

ALHAMDULILLAH RAMADHAN KEMBALI

 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiE9iGPf7xGdb0dJk91hN7d2wwYmVN07wR_k8K2ZkGWmcJbNzFqIbGwA2y2K0TcvDyxNgXuNgQwJJPe5N1ulSypFlvWo4u5XofzzeCvf8SgCtCOX1aroeI7qi-8E1ZACY3A2xtj/s400/AskarSolat.jpg
Syukur kita semua Warga PALAPES UKM  muslim kerana sekali lagi diberi peluang oleh yang Maha Esa untuk merebut GANJARAN pahala yang tidak terkata di dalam penghulu segala bulan ini. Admin mendoakan kita semua akan sentiasa dilimpahi rahmat oleh ALLAH dan ukhuwah kita akan terus kukuh. SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA  dengan barakahNYA.

Isnin, Julai 02, 2012

Portal Kolej Tun Hussein Onn



Kolej Tun Hussein Onn merupakan salah sebuah kolej kediaman pelajar di UKM yang menyediakan kemudahan penginapan kepada pelajar universiti. Sebagai sebuah kolej kediaman yang dihuni oleh Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES), kolej ini mementingkan disiplin kepada penghuninya yang berpegang kepada moto Disiplin Asas Kecemerlangan. KTHO mempunyai kapasiti seramai 720 orang......KLIK UNTUK TERUS MEMBACA

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails