Khamis, Julai 11, 2013

 

SEKALUNG TAHNIAH KEPADA PEGAWAI KADET BARU BATCH-32
Sepanjang tiga tahun tuan puan melalui pahit getir sebagai pegawai kadet akhirnya berbalas dengan segulung watikah perlantikan sebagai Pegawai Muda dengan pangkat Lt. Muda darat, udara, dan laut.

Ingin saya bawa sedikit pencerahan kepada pegawai baru mahupun lama bahawa kerajaan telah membelanjakan jutaan ringgit untuk melahirkan seseorang Pegawai Muda Wataniah.  Sehubungan dengan itu, harus di ketahui juga penilaian tahun demi tahun setelah tauliah pegawai, kemanakah hilangnya pegawai-pegawai ini. Hanya segelintir sahaja yang masih menunjukkan minat dalam pasukan, manakala yang lain menunggu tamat tempoh 5 tahun perkhidmatan dan membiarkan sahaja keanggotaan itu tamat.

Kenapa hal ini boleh berlaku? Apa alasan anda untuk mensia-siakan peluang yang telah diberikan? Tauliah bukan sebagai penamat kepada perjuangan dalan keanggotaan simpanan. Tauliah adalah permulaan kepada sumbangan anda dan meningkatkan lagi tahap ilmu ketenteraan.

Saya juga baru tersedar akan hal ini setelah di ajukan soalan yang sama dari Pegawai Wataniah.
 

Khamis, Februari 28, 2013

KEKUATAN PASUKAN PALAPES KETIKA INI

PASUKAN LATIHAN PEGAWAI SIMPANAN (PALAPES)


PALAPES merupakan pusat-pusat latihan yang ditubuhkan di institusi-institusi pengajian tinggi  awam (IPTA) bertujuan melahirkan pegawai-pegawai tentera sukarela yang berkualiti. Silibus pembelajaran matapelajaran ketenteraan dan latihan-latihan yang digunakan di PALAPES adalah sepertimana yang diajar di Maktab Tentera DiRaja. Kadet-kadet PALAPES yang telah berjaya menamatkan latihan ketenteraan mereka akan ditauliahkan oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertua Agong sebagai Leftenan Muda di dalam Askar Wataniah. Sehingga kini, tiga belas PALAPES telah ditubuhkan di IPTA iaitu
1. PALAPES Universiti Malaya
2. PALAPES Universiti Kebangsaan Malaysia
3. PALAPES Universiti Putra Malaysia
4. PALAPES Universiti Sains Malaysia
5. PALAPES Universiti Teknologi Malaysia
6. PALAPES Universiti Utara Malaysia
7. PALAPES Universiti Teknologi Mara
8. PALAPES Universiti Malaysia Sabah
9. PALAPES Universiti Malaysia Sarawak
10. PALAPES Universiti Pengajian Sultan Idris
11.PALAPES UTHM
12. PALAPES UNIMAP
13. PALAPES UPNM

PORTAL REJIMEN ASKAR WATANIAH

Saya sekadar berkongsi kepada tuan-tuan sekiranya terlepas pandang berkenaan PORTAL ini.. Tuan-tuan boleh lah ke web berkenaan untuk maklumat terikini..klik sini..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails